Bun Nestum 3 In One
Bun Nestum 3 In One

Bun Nestum 3 In One

Bahan-bahannya

200gram tepung roti
50 gram tepung gandum
1 paket Nestum 3 in One ( ros guna jenama nesvista)
1 sudu besar skim milk ( susu tepung)
2 sudu besar gula
1 biji telur (3\4 biji telur letak dlm doh bakinya buat gliss pada roti)
2 sudu besar marjerin
100ml susu segar ( atau air suam)
1 1/2 sudu kecil yis
1 sudu kecil bread softner ( tak guna pun takpe)

Caranya.

1. Kalau ade BM tu leh lah masukkan semua bahan dan pilih menu Dough dan On je, kalau takde masukkan semua dalam bekas adunan dan uli hingga tak melekat pada tangan.

2. Tips untuk dapat doh yang lembut, ambil plastic bersih dah letakkkan doh di dalam plastic tu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 5 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut dan elastik.

3. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap dan biar doh naik dua kali ganda. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin. bahagi doh pada 12 bahagian kecil dah susun atas dulang pembakar. Biarkan naik sekali lagi, glis pemukaan roti dengan baki telur dan tabur sedikit permukaan doh dengan gula.

4. Bakar pada suhu 180 darjah selama 18 atau 20 minit. Setelah siap dibakar glis pemukaan roti dengan marjerin untuk doh lebih berkilat, sejukkan atas redai dan simpan di dalam bekas kedap udara. Sesuai untuk sarapan dan minum petang, satu lagi resepi bun yang berkhasiat untuk seisi keluarga anda.

Nota: Tengoklah tu, bun ros tak naik membulat sangat, tak tau naper, mungkin yis letak sikit sgt kot, ataupun cepat sgt dibakar, tak sempat kembang, hihi, nasib baik lepas bakar tu dia bun ni lembut. tapi bun ni memang penuh serat lah, makan dua tiga ketul pun dah kenyang.

Bun Nestum 3 In One
Bun Nestum 3 In One
Advertisement