OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Spaghetti Bolognaise

Assalammualaikum dan selamat pagi semua, ros kan kalau buat spaghetti bolognaise ni, selalunye ros letakkan carrot, dan carrot tu ros tak potong dadu, ros blender halus, ,kiranya budak-budak takkan tau lah yang ros letak lobak merah dalam kuah tu, tak kisahlah kan, janji ade juga khasiat dari sayur-sayuran , kalau nak ikut cara ros masak spaghetti bolognaise ni, boleh ikut resepi kat bawah ni, senang dan sedap, bila dah siap, sos spaghetti ni dapat banyak juga, boleh difrozenkan dan nak makan nanti panaskan je, jimat masa kan. : )

Spaghetti Bolognaise
sumber resepi- rosmarlina @ jintanmanis.com

Bahan-bahanye ( untuk 5 ke 6 orang )

1 tin tomato puree ( 340gram)
400gram daging cincang
1 sudu besar serbuk parmesan cheese
4 ulas bawang putih (diketuk dan dicincang kasar)
4 sudu besar olive oil
2 biji bawang besar
2 biji tomato
1/2 biji carrot
sedikit gula dan garam
5 ikat spaghetti
2 sudu besar sos tomato
sedikit dry oregano

Caranya

1. Rebus spaghetti pasta mengikut arahan dan masa yang terdapat pada paket, tos dan ketepikan, ( pastikan air rebusan di campur dengan garam dan beberapa titik minyak). Potong atau hiris nipis carrot, bawang besar dan tomato, masukkan di dalam blender bersama 1 cawan air dan kisar halus.

2. Bawang putih di ketuk dan dicincang halus, Panaskan olive oil dan tumis bawang putih hingga naik bau, kemudian masukkan tomato puri, daging kisar, oregano, bahan yang dikisar, pamessan cheese dan sos tomato, kacau sebati.

3. Biarkan kuah mereneh seketika, sesuaikan rasa, masukkan sedikit garam dan gula, setelah kuah agak pekat angkat dan boleh lah di curahkan di atas spaghetti , sedia untuk dihidangkan, selamat mencuba.

Nota: Nak toppingkan dengan hirisan daun pasley pun boleh, dan ia juga boleh memekatkan kuah. Kalau nak frozenkan, bahagi kuah spaghetti ni pada bahagian-bahagian kecil dan bungkus kemas, simpan di dalam peti sejuk beku dan ia boleh tahan beberapa minggu.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Advertisements