OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Air Asam Mangga Muda

Assalammualaikum WBT dan selamat pagi semua, pernah tak makan ikan bakar dengan air asam mangga muda? sedap tau, sangat sesuai pada mereka yang suke makan masam-masam, ros guna mangga telur muda, cara buat air asam mangga ni sama je dengan resepi air asam memikat yang pernah ros letak dulu, cuma tambahkan mangga je, cukup bahan atau teringin nak merasa, boleh cuba ya.

Air Asam Mangga Muda
Sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com

Bahan-bahanya

6-8 biji cili padi ( kalau suke pedas boleh tambahkan kuantitinya)
1/2 inci belacan ( pastikan belacan itu dibakar dahulu)
1/4 biji bawang besar
sedikit garam
1/2 cawan air asam jawa
2 biji mangga muda ( ros guna mangga telur)

Caranya

1. Buah Mangga dibuang kulit dan dihiris nipis, kemudian hiris nipis, bawang besar dan cili padi, ketepikan, di dalam bekas, masukkan air asam jawa bersama belacan yang siap dibakar tadi, dan hancurkan belacan menggunakan garpu atau sudu, akhir sekali masukkan cili padi, hirisan mangga muda, bawang besar, secubit garam, kacau sebati, sedia untuk dihidangkan bersama ikan bakar, selamat mencuba.

-cara membakar belacan, ambil 1/2 inci belacan dan cucukkan pada garpu, buka api dapur gas, dan bakar belacan hingga semua permukaanye agak hitam atau perang, kemudian barulah boleh digunakan untuk membuat air asam.

Nota: Air asam mangga muda ni sangatlah sesuai dimakan bersama ikan keli salai atau ikan bakar, rugi tak cuba, sangat sedap dan pasti menyelerakan.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Advertisements