Bingka Tepung
Assalammualaikum dan selamat pagi semua, kuih seakan-akan kuih bakar, tapi namanya lain bingka tepung, rasa pun lain sikit, sebab atasnya kita tak taburkan bijan, biarkan plain je, ros nye bingka tepung, tepi je garing, atasnye tak sangat, tu yang nampak macam tak masak je, tapi sebenarnya dah, bila makan sedap, aroma santan dan pandan, pasti membangkitkan selera, ros ikut resepi akizila di myresipi, lainkali ros nak tambahkan kuantiti telur lah, supaya lebih lembut. Terima kasih pada akizila, izinkan ros kongsikan di sini pula ya.
Kuih Bingka Tepung
Sumber Resei: Akizila Myresipi
Bahan-bahan ( satu loyang )
3 cawan tepung
1 biji telur ( lain kali ros nak letak 2 bijilah)
4 cawan santan (santan nie agak2..kalo bancuhan pekat lagi tambah lg santan)
Pewarna hijau
Perasa pandan ( ros guna esen pandan kelapa)
1 cawan gula ( ros letak 3/4 cawan gula je)
Cara-cara
1. Masukkan tepung, gula, pewarna hijau, perasa pandan dan santan kedalam blender. Blender sampai aduan sebati.
2. Masukkan telur. Blend lg. pastikan aduan tidak berketul. Selepas itu masukkan dalam loyang.(Adunan td seeloknya cair mcm bancuhan kuih ketayap)
3. Bakar pada suhu 180 degree selama 30-45 minit.
Nota: Di sarankan supaya bakar bingka tepung ni sehingga betul-betul garing tepi dan atasnya, supaya kuih lebih sedap dimakan.