OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Bun Yogurt

Bahan-bahan ( kuantiti bergantung pada saiz bun yang dihasilkan )

250 gram tepung roti

100 gram plain yogurt

50 ml susu segar

20 gram marjerin ( lebih kurang 1 sudu besar)

1 1/2 sudu kecil yis

2 sudu besar gula

1/3 sudu kecil garam

1 sudu kecil bread softener

krim coklat atau krim susu atau kaya sebagai inti ( ikut selera masing-masing)

Cara-cara

1. Masukkan semua bahan dan uli hingga tak melekat pada tangan. Pada yang ade BM menu Dough dan ON je.

2. Perap 40 minit dan kemudian tumbuk-tumbukkan doh keluarkan angin. Bahagi doh pada 10 bahagian dan biar selama 8 minit

3. Ambil doh tadi dan masukkan inti kegemaran anda, bentukkan roti mengikut kreativiti anda sendiri, ros buat bentuk separa bunga dan separuh lagi bentuk bulat je, kalau tak mahu letak inti pun takpe, biarkan kosong. Biarkan doh naik dua kali ganda lebih kurang 40 minit atau satu jam. gliss sedikit permukaan roti dengan, 1 sudu susu segar + beberapa titik madu.

4. Akhir sekali bakar pada suhu 170 darjah selama 15 ke 18 minit atau sehingga permukaan bun tadi perang.

5. Sejukkan atas redai, dan sedia untuk dihidangkan, selamat mencuba.

Nota: Bun yogurt ni ade rasa masam yogurt tu sikit, tapi taklah masam sangat, kira elok-elok je, bun ni lembut dan gebu sepanjang masa, bun yang penuh sumber kalsium, sesuai untuk se isi keluarga.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Advertisement