Ni menu dah lama ni, di updated dari rumah lama multiply heheehhee : )
Nasi Goreng Nenas ( 3-4 orang makan)
( sumber resepi ros@jintanmanis.com)
3 cawan nasi putih ( lagi sedap guna beras jasmine)
5 ekor udang basah ( udang harimau)-dibuang kulit dan hiris kasar.
1 sudu besar udang kering ( ditumbuk halus)
2 sudu besar mix vegetable
1/4 biji nenas ( dipotong dadu)
1/4 biji bawang besar ( dicincang halus)
1 biji bawang putih ( dicincang halus)
sedikit lada sulah
1 biji telur ( dipukul sedikit)
sedikit bawang goreng untuk hiasan
2-3 biji cili padi ( dicincang halus)
1 sudu kecil minyak bijan ( klu tak nak guna pun takpe)
Cara-cara
1. Mula-mula panaskan 2 sudu besar minyak masak dan tumis bawang besar, bawang putih dan cili padi, setelah naik bau masukkan mix vegetable dan udang. kacau sebati.
2. Kemudian masukkan udang kering dan telur, selepas itu masukkan nenas, lada sulah, garam dan nasi, kacau sebati, akhir sekali masukkan minyak bijan. Angkat dan tabur sedikit dengan bawang goreng. Ok dah siap, sedia untuk dihidangkan. Selamat Mencuba. : )
Nota: kalau nak tambah isi ayam ataupun daging pun boleh, ikutlah ape yang ade dalam peti ais tu, nak guna nenas dalam tin pun boleh, tapi jangan letak byk sangat ye, agak-agakje kuantiti nenas tu, suke rasa nasi goreng nenas ni, masam-masam manis bila dikunyah dengan nasi tu.