pajeri3

Pajeri Nenas
sumber resepi : rosmarlina :@ jintanmanis.com

Bahan-bahanya
1/2 biji nenas saiz kecil
1 1/2 sudu besar serbuk kari ( dijadikan paste, bancuh dengan sedikit air)
1 sudu besar kerisik
1 sudu bahan kisar ( bawang + bawang putih+ cili kering)
1 sudu kecil udang kering ( di cincang halus)
1 cawan santan ( tak nak letak pun takpe, sbb dah ade kerisik)
1 batang kayu manis
2 kuntum bunga lawang

caranya.
1. Potong nenas ikut selera masing-masing, jangan nipis sangat, panaskan kuali dan masukkan 2 sudu besar minyak masak.

2. Tumis bahan kisar, kulit kayu manis dan bunga lawang hingga naik bau, kemudian masukkan pula paste serbuk kari dan udang kering, tumis hingga agak garing,

3.Selepas itu masukkan kerisik dan nenas, sesuaikan rasa, masukkan sedikit garam dan gula, masak hingga nenas layu dan kuah pajeri agak pekat. Angkat dan sedia untuk dihidangkan. Selamat mencuba.

pajeri1

nota: semalam ros masak pajeri nenas ni ros tak letak santan pun, sebab kita dah letak kerisik kan, tapi ikut selera masing-masinglah ye, nak tambah santan atau tidak. Rasa tetap tak lari.