OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Ni projek mengukus petang semalam, dalam pukul 3.30petang tu tiba-tiba je teringin nak makan pau yang baru dikukus, lepas asar terus buat, kebetulan homemade sri kaya pandan ade, ros buat juga inti kelapa, kacang merah, dan krim coklat khas buat anak-anak. Ros guna resepi pau lembut yang lepas, cuma ade sedikit penamabahan warna hijau dan ros gunakan campuran susu segar dan air suam, hasilnya tak mengecewakanlah, lembut dan tegang je kulit luar pau ni bila selesai di kukus, resepi ade kat bawah ni ye : )

Pau Sri Kaya Pandan
sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com

Bahan-bahanya

400 gram tepung pau ( low protein flour)
1 1/2 sudu besar shortening ( lemak sayuran)
220ml cecair ( ros guna 110ml susu segar+ 110 air suam)
1 sudu besar gula gula
1 sudu kecil baking powder+1sudu kecil bread softner
1 sudu kecil garam
2 sudu kecil yis
untuk inti kelapa
3/4 cawan kelapa kering
3 sudu besar gula merah
satu ikat daun pandan
sedikit air suam

1. campurkan semua bahan di dalam kuali dan gaul sebati, angkat dan sejukkan.

variasi inti
sri kaya pandan
kacang merah
krim coklat

*beberapa titik pewarna hijau bagi doh pau pandan*

( Untuk doh yang warna asal, ros gunakan semua bahan yang berwarna putih, bagi mendapatkan pau yang putih apabila di kukus nanti, jangan gunakan marjerin ataupun minyak masak bagi menggantikan shortening. )

Cara-caranya

1. Masukkan semua bahan dalam bekas adunan dan uli sehingga tidak melekat pada tangan, pastikan doh elastik ye, kemudian perap dalam 40 minit atau sehingga satu jam, tumbuk-tumbukkan doh keluarkan angin, bahagi doh pada dua bahagian, satu dibiarkan warna asal, dan satu lagi dicampur dengan beberapa titik pewarna hijau, uli sehingga warna hijau sebati.
2. Bahagi doh pada beberapa bebola kecil dan masukkan 1 sudu kecil inti sri kaya pandan dalam doh yang berwarna hijau, ulang langkah tadi hingga doh habis, Doh yang berwarna putih Ros letak inti kacang merah, kelapa dan krim coklat, ros tandakan sedikit di permukaan pau bagi membezakan inti antara satu sama lain.

3. Lapik pau dengan baking sheet, dan biarkan pau naik dua kali ganda lebih kurang 1 jam, Panaskan pengukus, dan pastikan air betul-betul mendidih, kukus pau dengan api sederhana, tak perlu api terlalu besar selama lebih kurang 7 hingga 8 minit sahaja, bergantung pada saiz pau. semalam ros buat pau kecik-kecik je, biar senang nak masuk mulut dan paling penting pastikan air kukusan tidak jatuh pada permukaan pau, bagi mengelakkan pau berkedut apabila selesai dikukus nanti. Sedia untuk dihidangkan. Selamat Mencuba.

Tips-Tips untuk mengelakkan pau berkedut apabila selesai dikukus

1. Pastikan air kukusan betul-betul mendidih. ( air kukusan lebih kurang 3/4 pengukus)

2. Jangan kukus pau terlalu lama ( masa yang ros sarankan hanya 6,7 dan 8 minit sahaja)

3. Apabila mahu menangkat pau yang sudah di masak, angkat sekali pengukus atasnya dan alihkan dari haba pengukus, angkat pau yang sudah masak dan letakkan di dalam bekas ( jarak-jarakkan pau, jangan ditindih antara satu sama lain) dan susun baki pau yang mahu dikukus, ulang langkah tadi sehingga selesai.

4.Pastikan air kukusan tidak jatuh pada permukaan pau, ( kalau nak lagi yakin boleh balut penutup pengukus dengan kain bersih).

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Nota: Kalau tak mahu letak pewarna hijau pun boleh, biarkan warna asal, itupun kalau buat satu inti sahaja, tapi kalau buat banyak-banyak inti kena lah letakkan tanda, hihihi : )

Advertisement