OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Menu lengkap, ade pasta dan sayur-sayuran, makan ni saje pun dah kenyang, ros tiru menu dekat hospital ni, cuma sayuran tu ros guna bahan yang ade kat rumah je, suke rasa creamy makaroni sarada ni nak buat pun senang, resepi ade kat bawah ni ya. : )

Bahan-bahanya

50gram makaroni ( ros guna yang bentuk silinder panjang tu)
1 biji kentang saiz kecil
1/2 cawan mix vegetable
beberapa helai daun salad
1/2 biji tomato
3 sudu besar mayonis
1/2 sudu kecil gula
sedikit lada sulah
secubit garam

Cara-caranya

1. Rebus makaroni mengikut arahan pada paket, tos dan ketepikan, kemudian rebus pula kentang hinggga empuk, lecek kentang dan satukan dengan makaroni.

2. Rendam sebentar frozen mix vegetable dengan air panas dan tapiskan bagi mengeluarkan air yang berlebihan, kemudian satukan dengan kentang dan makaroni tadi, campurkan mayonis, lada sulah, gula dan garam.

3. Alas piring dengan daun salad dan letakkan makaroni sarada di atas daun salad, hiaskan dengan hirisan tomato, sedia untuk dihidangkan. Selamat Mencuba.

Nota: Nak lagi sedap boleh campurkan juga dengan hirisan timun dan bawang besar, lagi tambah seri dan zat sayuran pada makaroni sarada ni nanti.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

OLYMPUS DIGITAL CAMERA