OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Assalammualaikum WBT dan selamat petang buat semua pelawat BSM di Jintanmanis.Com, menu daging-daging ni memang selalu je ros buat, sebabnya cik abang ros tu, suke makan daging, tak kisah lah daging masak ape, semua dia suke, jadinya hari tu, ros cuba campurkan serbuk kari dan serbuk kunyit , tumis macam biasa, kiranya daging ni tak berkuah lah, tumis kering je, campur pula dengan kacang buncis dan lada benggala merah, memang sedaplah, warna nye pun menarik, tu yang ros letak nama resepi ni citrawarna, sangatlah sesuai di makan bersama nasi putih, lainkali memang ade lah siaran ulangan menu ni, kena dengan citarasa kami. Resepi ade kat bawah ni ye.

Daging Berempah Citrawarna
Sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com

bahan-bahanya

350 gram daging boneless
2 sudu kecil serbuk kunyit
2 sudu kecil serbuk kari daging
2 ulas bawang putih
1/2 biji bawang besar  ( bahagi dua bahagian) satu bahagian dicincang halus, baki dihiris kasar.
4 inci halia ( separuh di hiris nipis, baki dicincang kasar)
1 keping kulit kayu manis
sedikit garam
1/2 biji lada benggala merah@ cili merah ( dihiris nipis)
sedikit kacang buncis@ kacang panjang( dipotong beberapa bahagian)
minyak untuk menumis

Cara-caranya

1. Potong daging nipis-nipis, jangan terlalu kecil, daging akan kecut apabila di rebus.

2.Kemudian rebus daging bersama beberapa hirisan halia yang dihiris kasar, lebih kurang setengah jam atau sehingga daging empuk.

3. Kemudian cincang atau tumbuk bawang besar, bawang putih, halia dan tumis sehingga naik bau, selepas itu masukkan kulit kayu manis, serbuk kunyit, serbuk kari dan daging yang siap direbus tadi. kacau sebati, jika terlalu kering, boleh masukkan sedikit air.

4. Akhir sekali masukkan hirisan bawang besar, lada merah dan kacang buncis, sesuaikan rasa masukkan sedikit garam,  kacau sebentar dan apabila bawang besar, lada merah dan kacang buncis agak layu, tutup api dan sedia untuk dihidangkan panas-panas. Selamat mencuba.

Nota: Jangan campurkan sos tiram dalam resepi ini, bagi mengekalkan keaslian rasanya, dan kalau boleh sayur tu pun jangan ditambah lagi atau  digantikan dengan sayuran lain. Menu ringkas dan berkhasiat untuk seisi keluarga.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Advertisements