Assalammualaikum WBT dan selamat pagi semua, tart nenas sentiasa menjadi pilihan pada tetamu bila menjelang hari raya rasa tart yang gebu dengan jem nenas masam-masam manis yang pasti menggamit selera sesiapa sahaja. ros kalau buat tart nenas selalu guna resepi ni, hasilnya tak pernah mengecewakan. kalau berkenan boleh cuba ya, sempat lagi nak buat ni, jem nenas tu kalau beli yang dah siap pun boleh, senang keje kan.
Biskut Tart Nenas Gulung
Sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com
Bahan-bahanye ( kuantiti, dapat satu balang saiz sederhana dalam 300biji tart nenas)
Untuk Jem Nenas
2 biji nenas
500gram gula
1 batang kulit kayu manis
Untuk Doh Tart
1kg tepung gandum
2 biji telur ( telur dikocok dahulu)
4 sudu besar tepung jagung @ tepung kanji kentang
4 sudu besar susu tepung
2 sudu besar tepung kastard
600gram butter
4 sudu besar gula
( untuk menaikkan lagi aroma tart nenas ni boleh masukkan 2 sudu besar minyak sapi @ ghee)
cara-caranya
1. Buat Jem nenas dahulu, blender nenas hingga hancur, curahkan dalam kuali bersama gula dan sebatang kulit kayu manis, kacau selalu dan biarkan betul-betul pekat dan jus nenas nye agak kering. sejukkan terlebih dahulu.
Persediaan kulit @ pastri manis tart nenas
2. Didalam bekas adunan, satukan tepung gandum, tepung kastard, tepung kanji kentang dan susu tepung, gaul sebati dan ketepikan, kemudian pukul mentega dan gula hingga kembang, kemudian masukkan telur dan putar lagi, setelah semua sebati, masukkan adunan tepugn gandum, gaul sebati, anda akan dapatkan tekstur adunan yang lembut, masukkan di dalam peti sejuk, perap lebih kurang 30 minit, tekan di dalam acuan dan masukkan jem nenas, gulung kemas, gliss tart nenas dengan kuning telur.
3. Akhir sekali bakar pada suhu 180 darjah lebih kurang 18 ke 22 minit atau sehingga permukaan tart nenas perang, sejukkan atas redai dan simpan di dalam bekas kedap udara, selamat mencuba.
Nota: Kalau nak parut nenas tu pun boleh, lagi kasar lagi bagus tekstur jem tu, ros blender je nak cepat, dan kalau nak up lagi aroma jem nenas ni.