OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Asam Rebus Ikan Parang Bersama Terung
Sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com

Bahan-bahannya

1/2 ekor ikan parang dipotong beberapa bahagian
2 inci lengkuas atau halia
beberapa helai daun kesum ( carik-carikkan kasar)
sedikit belacan ( tak nak letak pun takpe)
3 biji bawang merah atau ( 1/4 bi ji bawang besar saiz kecil)
2 ulas bawang putih
2 keping asam gelugor
sedikit garam
4 biji terung saiz sederhana, dipotong dua dan dikerat tiga atau empat bahagian
sedikit kunyit hidup
5 biji cili padi ( boleh tambah jika mahu lebih pedas)

Cara-caranya

1. Blender belacan, bawang merah, lengkuas, kunyit hidup, cili padi dan bawang putih hingga hancur, kalau nak tumbuk lumat guna lesung batu lagi bagus.

2. Masukkan 3 cawan air di dalam periuk, kemudian baru masukkan bahan yang telah diblender atau di tumbuk tadi, biarkan agak mendidih.

3. Kemudian masukkan asam keping, selepas itu masukkan ikan parang dan daun kesum, biarkan mendidih seketika, akhir sekali masukkan pula hirisan terung, biarkan terung layu, sesuaikan rasa, masukkan sedikit garam, tutup api dan sedia untuk dihidangkan. Selamat Mencuba.

Nota: Kalau nak berkuah boleh tambahkan sedikit air, dan kalau nak lagi merah tambah sedikit cili kisar, sesuaikan bahan-bahan nye mengikut selera masing-masing, menu yang sihat tanpa penggunaan sebarang minyak masak. : )

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Advertisements