Joomla TemplatesWeb HostingFree Money

Ikan

Ikan Aya Bersadur Rangup

Masakan - Ikan

Ni lah hasilnya kalau terlebih stok ikan aya dalam peti ais tu, dah terikut cakap terengganu pulak ni, ikan aya kalau kt negeri orang panggil ikan tongkol, macam-macam masakan yang menggunakan ikan aya ros buat, antaranya ikan aya bersadur rangup ni, ala-ala nugget ayam sikit coating nye tu...bila makan memang sedaplah, rasa rangup di luar dan kaya dengan rasa isi ikan aya yang padat, ade rasa macam keropok lekor sikit...resepi biasa je, kat bawah ni ros sertakan, kalau berkesempatan jangan lupa mencuba ya, anak-anak pasti menggemarinya : )

Bahan-bahanya

Beberapa hirisan ikan aya ( tongkol)

lada sulah

sedikit tepung gandum

1 biji telur

3/4 cawan serbuk roti

minyak untuk menggoreng

cara-caranya

1. Hiris ikan aya@tongkol nipis ( tapi jangan nipis sangat agak2 ketebalannya tu)

2. kemudian gaul ikan aya dengan lada sulah dan sedikit garam, salut dengan tepung gandum dan celup dengan telur, akhir sekali salut pula dengan serbuk roti.

3. Goreng sehingga perang dengan api sederhana, sedia untuk dihidangkan panas-panas bersama sos cili. Selamat Mencuba.

rangup diluar, padat dengan rasa ikan di dalam

bila dipotong dalamnya macam daging

Nota: masakan ni tak sesuai dijadikan lauk, tapi kalau dijadikan kudapan memang sesuailah, makan banyak pun tak perasan, laju je masuk mulut tu. Tapi orang kata ikan tongkol, orang berpantang tak boleh makan, jadinya ros makan sikit je, buat rasa, takut gak, sebab mak kata ikan tongkol ni bisa.

 

Ikan Selar Bakar Berlada

Masakan - Ikan

Ni cara ros bakar ikan, nanti wangi je ikan tu nanti, lepas tu cicah pulak dengan air asam tomato, fuhh terangkat habislah, nak buat pun main lumur-lumur je...hihihi : )

Bahan-bahanya

2 ekor ikan selar saiz sederhana

1/4 biji bawang besar ( boleh ganti dengan 4 ulas bawang merah)

1 ulas bawang putih

1 inci halia

2 tangkai lada kering (boleh ganti denga 1 sudu besar cili boh)

1 inci kunyit hidup atau 1 sudu kecil serbuk kunyit

sedikit garam

( kalau nak tambah 1 batang serai pun boleh)

Caran-caranya

1. Tumbuk halus bawang besar, bawang putih,halia, kunyit hidup dan lada kering, kalau nak blender pun boleh.

2. Ikan di gaul dengan sedikit garam, kemudian lumur pada ikan selar tadi dengan bahan yang telah ditumbuk halus, biarkan dalam 30 minit atau sejam, grill atau bakar sehingga permukaan ikan selar perang, sedap dimakan dengan sambal belacan atau air asam , selamat mencuba. : )

Nota: Kalau nak balut dengan daun kunyit lepas tu di bakar pun boleh,lagi wangi ikan bakar ni nanti, ros tak boleh buat macam tu, sebab stok daun kunyit cukup2 je untuk buat rendang.

 

Saba No Soyu Yaki

Masakan - Ikan

Saba No Soyu Yaki ni maksudnya, ikan makarel bakar berkicap, ros memang selalu buat ikan bakar style jepun macam ni, lagi satu ros tak suke sangat beli shio saba ( ikan makarel garam) kt supermarket tu, lebih suke beli ikan saba fresh, sebab isi nya lebih manis, bila siap basuh dan rendam dgn air asam jawa ataupun perahan lemon ros akan perapa dan bakar dekat dapur gas tu, dapur gas jepun memang ade tempat grill ikan nye tersendiri, takpayah guna oven. : )

Resepi ni ros main suke je campur-campur, hihi, janji sodap...boleh rujuk kat bawah ni ye.

Bahan-bahanya

1/2 ekor ikan saba ( makarel) saiz sederhana ( dipotong dua, dan dikelar serong x )

3 sudu kecil soyu ( kicap cair jepun, ros guna jenama kikoman)

1 sudu kecil gula

Caraa-caranya

1. Gaul ikan bersama kicap cair jepun dan gula, kemudian perap dlm 10 minit, Grill seperti biasa, sehingga pemukaan ikan  perang, ros suke garing sikit, ros gill ikan ni dalam 10 ke 20 minit. Sedia untuk dihidangkan, Selamat Mencuba.

Menu Pelengkap bagi Set Makanan Jepun yang ros masak semalam ialah

1. Tempura Satsumaimo ( keledek) kabocha ( labu) dan chikua ( jejari ikan)

2. Salad sayur ( kobis, timun dan, daun salad dan hirisan kobis)

3. Miso shiru + Tofu+  Negi

4. Nasi Jepun

suke kalau kulit ikan saba ni garing sikit, hihi, sib baik tak hangus je

satu set menu lunch masakan jepun

Nota: Kebiasaan nye ka lau ros masak masakan jepun ros akan buat set lengkap macam ni, nampak banyak masakan tu, tapi sebenarnya masakan jepun ni simple je, nak buat pun tak guna masa banyak. : )

 

Kari Kepala Ikan Jintan Manis

Masakan - Ikan

Ni lah menu gandingan dengan raita tu, ros masak kari kapal ikan ni dengan yogurt dan campur sikti dengan jintanmanis, tambah sedap, pekat dah harum kari kepala ikan ni, makan dengan nasi panas memang sesuailah. Resepi ade kat bawah ni ye.


Bahan-bahanya
1/4 biji bawang besar
1 biji bawang putih
2 inci halia
2 sudu besar serbuk kari ikan
2 sudu kecil jintan manis
1 1/2  cawan santan +1 1/2 sudu besar plain yogurt
6 batang sayur bendi
2 biji tomato ( satu biji masuk masa menumis, satu lagi masuk masa kari nak masak)
1 batang kayu manis
3 biji buah pelaga
2 kuntum bunga lawang
sedikit daun kari

Caranya.

1. Blender halus bawang besar, bawang putih, halia, dan jintan manis dengan sedikit air, kemudian panaskan sedikit minyak dan masukkan kayu manis, buah pelaga dan bunga lawang, tumis sampai naik bau.

2. Kemudian curahkan bahan kisar, daun kari dan pes serbuk kari, tumis hingga betul-betul garing, selepas itu masukkan satu biji tomato ( tomato yang telah dibelah 6) biarkan tomato layu (hancur)  sebati dalam bahan tumisan tadi baru masukkan santan serta yogurt.  ( tak perlu masukkan air asam jawa sebab kita dah ade masam tomato dan yogurt  tu)

3. Kacau selalu dan masukkan sedikit garam, selepas itu masukkan kacang bendi, setelah kacang bendi agak layu baru masukkan kepala ikan dan satu lagi tomato, biarkan kuah kari reneh seketika, tutup api dan sedia untuk dihidangkan. Selamat Mencuba.

Nota : kali ni ros tak letak cili kisar, tapi kalau sape-sape yang suke pedas tu boleh tambah 1 sudu atau 2 sudu cili kisar ye, ikut tahap kepedasan masing-masing.

 

Asam Pedas Ikan Saba ( makarel)

Masakan - Ikan

Bahan-bahannya

1 ekor ikan saba ( saiz sederhana) dipotong 6 bahagian ( nak guna ikan lain pun boleh)

2 sudu besar cili kering ( boleh tambah lagi dua tiga sudu cili kalau nak pedas)

1 batang serai ( dititik atau hanya dibelah dua)

2 inci halia ( diptong nipis)

3 helai daun limau purut ( carik-carikkan kasar)

sedikit belacan

3 biji bawang merah atau ( 1/4 bi ji bawang besar saiz kecil)

1 biji bawang putih

1/2 cawan air asam jawa

1 biji tomato

beberapa kacang bendi

sedikit minyak untuk menumis

garam

Cara-caranya

1. Blender halus belacan, bawang besar dan bawang  putih hingga hancur, kalau nak tumbuk guna lesung batu lagi bagus.

2. Tumis daun limau purut, serai dan halia hingga naik bau, kemudian baru masukkan cili kisar dan bahan yang telah diblender tadi, tumis hingga betul-betul garing. Selepas itu masukkan setengah biji tomato yang telah dipotong kecil, kacau sebati, kacau selalu dan biarkan tomato hancur.

3. Kemudian masukkan air asam jawa dan 1 cawan air, biarkan mendidih, selepas itu masukkan ikan dan kacang bendi, setelah kacang bendi empuk, baru masukkan baki tomato tadi yang telah dipotong 4, sesuaikan rasa, masukkan sedikit garam. Tutup api dan sedia untuk dihidangkan. Selamat Mencuba.

Nota: Ikan tu kalau nak goreng separuh masak dulu pun boleh, tapi ros terus letak je, kalau guna ikan besar sikit  baru ros goreng dulu, ros suka kuah asam pedas ni, sedap je hirup sampai habis, makan satu lauk ni pun dah memadai bagi ros, ade ikan dan sayur-sayuran dlm satu menu.: )

 
More Articles...
Search
Galeri Olympusku
Jumlah Pelawat dr 1 Jan
mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari ini2169
mod_vvisit_counterSemalam3513
mod_vvisit_counterMinggu ini12501
mod_vvisit_counterMinggu lepas22098
mod_vvisit_counterBulan ini28043
mod_vvisit_counterBulan lepas87939
mod_vvisit_counterJumlah375510
Jom Sembang
Latest Message: 9 hours, 16 minutes ago
  • mimiey : nnt singgah umah eh amek kad raya...
  • mimiey : slmt hari raya kak ros..
  • Leen : salam ros...lamanya tak jengah sini...bizi cikit..hee...nanti dtg umah amik kad yaa...selamat hari raya,maaf zahir batin...
  • fifi : "set syria pin dgn tawaran hebat pos selepas raya tau.."
  • Ika : Salam adik manis yg kakak sayangi di sana, selamat menyambut hari lebaran bersama keluarga tercinta d sana semoga berbahgia di hari yg mulia ini, halalkan segalanyer apa2 ajerrr yg dtgnyer dr ross untuk akak atau akak resepi2 semua, maaf zahir batin dr akak di sini juga, take care! mkn2 byk2 tau! :D
  • syiera : Salam Ros, Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Fitri. Semoga sihat2 dan ceria selalu. Tahun ni saya nak buat Yong Tau Fu guna resepi Ros pd hari raya pertama. Mintak Halal ya. memang sebijik yg beli. Terima kasih banyak2.
  • k.yatie : Salam Ros, Selamat Menyambut Hari Lebaran di perantauan...moga ceria selalu dan sabar selalu..alhamdulillah thn ni akak dpt beraya di Msia bersama keluarga tersayang...mohon maaf zahir dan batin.
  • yatiali : Selamat Hari Raya Ros...
  • Kak Rose : Selamat hari raya maaf zahir batin buat ros sekeluarga... dari ber2 hingga ber5, bila boleh balik mesia? ke menetap terus disana? ppa pun take care!
  • nani : SALAM ROS.... SELAMAT HARI RAYA... MAAF ZAHIR dan BATIN.. :)
  • hana : salam ros.... keitai dah ok! nnti bila2 pree akak kol er.. skang tgh emosi sket! wakakakakaa.. ngada2 sebenonyer.. kekekekeke
  • nur : Salam Ros,sihat ke? Knur sibuk hingga lambat nak reply..sowi ya..hehe..ini skrg baru nak mengukis...Selamat Hari Raya pada Ros yg jauh..knur pohon ampun dan maaf jika ada kesalahan atau kesilapan yg pernah knur lakukan,terkasar bahasa harap dimaafkan ya.Salam syg juga dari Knur yg jauh. Take care.
  • Norasikin : Selamat Hari Raya
  • menn : kak ros..take care n selamat hari raya!!
  • sweetsal : dtg jenguk dr jauh, jgn sedih2 ye ros..slmt hari raya, maaf zahir batin..
  • deetha : salam Ros, apa kabar? aku datang bawakan soto sulung ni... :D oh ya, nanti tunggu card dariku ya, mungkin agak lambat sampai ke jepon. traffic pos hari raya ni kan full. hehe tak apa ya?.. :D
  • ~azatie~ : salam ros...dok ada baby masih rajen buat kukis yer..baby ngah baek yer..ngee
  • maz : salam ros..kmaz mai nk ucp slmat hri rya buat ros sklrga..maap zhir dan btin ye..esk kmaz dah mula brcti..nk blik kpung..hb akak pun dh slmat smpai pgio tdi..smga jmpa lgi ye ros..take care...lebiuuuu..
  • ummi : Salam Ros, apa khabar? Buat jugak ke kukis, or tempah jek...take care, muaaahhh!
  • hana : salam ros.. sama pulak puding kite..tp akak gune air soya... mls btol nk update msk2 lately nih... huhuuu
  • Chik mimi : salam ros panas2 ni nmpk puding ros tu cedappppnya
  • Hazila : Salam ros, dah buat kukis raya?
  • nani : salam ros... :) camne skrg? sihat? dapppp nye puding peach ni.. akak amik sket... nak rasa.. hehehe...
  • JC : Salam dear..banyak mengukis thn ni..jemput ambik kad raya kt rumah akak ia..selamat hari raya buat Ros sekelurga & maaf zahir batin
  • kzai : salam ros..ape kabar..semoa sihat bersama baby yg comel tu ye..dh abis pantang ke..byk ros masak2 ni..xleh dok diam kan..kalau nk mkn mcm2 kt perantauan..ciannye..
  • maz : salam ros..dah tdor ke tu..baby buat apa..rjin btul ros ni msk2..memang kmaz tabik spring la..nsi dgang pun ada..mrtbak pun ada..kmaz dah 2 mngu main bli je ros..hehe..
  • Nor : Ros, juast nak ucap terima kasih sebab ur blog and ur hard work memberikan saya dorongan untuk saya memasak untuk keluarga. Sangat puas hati dapat memasak sendiri untuk keluarga..:)
  • sweetsal : singgah tgk nasi dagang..nampak sedap..raya tak balik mesia ker?
  • hana : salam ros.. dtg bwk samosa inti tuna nih.. jemput la makan.. ko kan tk pose.. kekeke.. ala nasik tuh kompom dah abes. kuah ikan ader lg tak?? akak suker kuah ikan tuh!
  • fiza : sedap nyaa..
  • Ika : Salam ross.. ikan aya tak de lah eehhe... lama tak makan nasi dagang, ala2 nasi lemak tp lg sedap dagang nak buatnyer tu yg malas sikit kena kukus bagai :D
  • JC : Salam..akak pernah mkn seklai jer nasi dagang...nanti bole le cuba wat ikut resipi ni..tapi ikan bole guna ikan lain kan sebab akak tk mkn tongkol/tuna semua tu..take care
  • yantisa : salam ros, saya sekrang kalau ada masa lapang, mesti akan sentiasa ke jintanmanis.com untuk mengikuti perkembanga baru ros & masakan. Sebenarnya kagum, dlm pantang boleh lagi masak macam2, org yang tak pantang pun belum tentu dpat buat apa yg ros buat. Jaga diri & teruskan update jintanmanis.com ye
  • LOVELY KITCH : Salam ros...tq for the wishes...waaa dpt juga tgk bb wazhif dgn anas dan damia...nasi dagang fav tu..sedapnya!!
  • deetha : salam Ros, sehat? lama aku tak singgah sini & update blogku nih, sedang malas mengetik resep.. hehe sudah akhir2 ramadhan ni sibuk @ masjid aja, kerja dah malas, maunya cuti..hahahha
  • sue : Salam ros..hari ni sihat?..Sempat lg buat murtabak ya..Akak ni beli ja tau..ekekkeke..Ros! ada kad utk ros tanda ingatan & persahabatan..
  • fmina08 : ros..akk dah wat dah..tinggal tunggu nk ngap jek..hahahaha...
  • fmina08 : ros..inti tu xyah masak dulu ye? just grg je lam kulit popiah?
  • Kakintan : salam Ros...kakintan mmg tak buat kuih just order dgn kawan2...insyaallah selalu ingat Ros..he..he..
  • Chik mimi : salam ros wah good idea guna tuna,boleh try nnti,ros sihat ke?
  • Ika : Salam ross, akak sejak tahu murtabak ni boleh guna kulit popiah sampai skrg jugak tak pernah nak cuba hihihi.. pdhal senang tp nmpk sgt akak ni pemalas :D
  • fiza : tepung pelita dia lawa
  • inahar ali : salam rindu ross..dh abih pantang ke?? hrp ros & baby sihat sokmo ye!
  • JC : Salam..dah berbuka ke..akak baru start posa ni baru 8 lebih pg..tk care
  • nuzula : Salam singgah n salam perkenalan :)
  • hana : salam ros.. akak pong kdg tk ltk kapur mana2 kuih yg sepupu sepapat cenggini. sbb takut terlebey kapur. naya ko! meh tuko ngan puding akak nak tak??
  • Anawahid : alala ros yg semanis sirap ros hehe.. nak tpung pelita!!!
  • maz : salam ros..waa..rjin btul la adik kmaz ni..buat tpung plita plak..memang kalah org yg xbrpntang ni..asik duk main bli je..baby duk wakpe tu..
  • kamalia : salam ros..arini br berkesempatan nak komen..akak mmg kagumla kat sesape yg bersalin kat obersi nih..yela,sume bnda kite kena buat sndrikn..pastu,emosi pun kena jage jugak,ye tak?alhamdulillah,ros dpt lalui sume tu dgn kuat n tabah..tepung pelita mmg feveret,tp takut bile buat,xde sape yg nak mkn pulak..jaga diri ye..:)
  • Ika : Salam ross, akak sampai dah akhir2 puasa pun tak terbuat lg tepung pelita ni nanti nk buat jgklah kalau rajin ari ni buat :D akak tgh berkecil hati :-( ehehe
View archive


Cuaca
Tetamu JM dari..