
Tuna Yakisoba Pan ( Roti Mi Goreng ikan Tuna)
Assalammualaikum WBT dan selamat tengahari semua, hari tu ros buat tuna yakisoba pan ni, atau dlm bahasa melayunye, roti mi goreng ikan tuna, ros buat tak pedas sebab menu untuk anak-anak, bila makan tu anak-anak suke, satu sorang pun dah kenyang ni, roti hotdong tu kalau nak buat sendiri pun boleh ade resepi yang ros lampirkan, kalau nak beli pun boleh, tinggal buat mi goreng tu je, kalau tak mau letak tuna pun takpe, buleh ganti dgn hirisan daging atau isi ayam atau udang yang penting guna sahaja ape jua bahan mengikut selera dan bahan yang sedia ade di dapur tu ya, yakisoba pan ni popular di jepun dan salah satu makanan yang di jual di kedai roti, Selamat Mencuba
Tuna Yakisoba (mi goreng ikan tuna)
Sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com
Bahan-bahanye
1 tin tuna flakes
sedikit hirisan kobis
250gram mi kuning
3 sudu besar sos cili@sos tomato
1 sudu besar sos tiram
2 sudu besar kicap manis
1 ulas bawang putih
sedikit bawang besar
sedikit garam
sedikit gula
bahan topping dan hiasan, serbuk nori, nori yang dihiris halus, sos cili@sos tomato dan mayonis
Cara-caranya
1. Dengan menggunakan sagat, parut bawang besar dan bawang putih, ketepikan, panaskan sedikit minyak dan tumis bahan parutan tadi sehingga naik bau, kemudian masukkan tuna flakes dan kacau sebati, masukkan pula, sos cili, sos tiram, kicap manis dan kacau sebati.
2. Masukkan sedikit air jika terlalu kering, selepas itu masukkan hirisan kobis, kacau sebati, setelah agak mereneh baru masukkan mi kuning dan kacau beberapa minit sehingga semuanya mesra, sesuaikan rasa masukkan sedikit garam dan gula. kacau beberapa minit dan angakt, sedia untuk di jadikan inti sebentar lagi. Selamat Mencuba.
– Ros tidak masukkan serbuk perasa dalam masakan ini, kerana serbuk perasa yang sedia ada pada sos cili, kicap dan sostiram sudah mengcukupi.
Resepi Roti hotdog atau pun roti bujur tu ade Di SINI ya…kalau nak senang beli je dah siap, tinggal nak letak inti je kan hihi : )
– Cara membuat tuna yaki soba pan
1. Roti hotdog tu dibelah tengahnye dan letakkan beberapa sudu mi goreng tuna, ratakan dan padatkan, kemudian jalurkan atasnya dengan sos cili serta mayonis, sedia untuk dihidangkan dan dijadikan menu berkelah atau menu untuk anak-anak anda, Selamat Mencuba.
Nota: Masa buat mi goreng tu, kalau nak pedas boleh letak cili kisar ya, dan tahap kepedasan boleh adjust sendiri, jangan letak sayur sawi ya dlm mi goreng tu, nanti lain pula rasanye. : )


