
Tendon
Bahan-bahannya ( sumber resepi dari buku masakan jepun NHK)
2 cawan nasi jepun
untuk adunan tempura ( klu guna tepung tempura mix tu pun boleh juga)
1/2 biji telur ( yg telah dikocak dahulu menggunakan garpu)
1/3 cawan air
1/2 cawan tepung gandum
6 ekor udang yang telah dibuang kulit
2 batang chikua ( fishstick jepun)- ros main letak nama je ni-
6 hiris satsumaimo ( keledek)
6 hiris kabocha ( labu) – tadi ros tak letak sbb takde stok.
secubit garam
Untuk Tendon Tsuyu ( sos kicap tendon)
1/4 cawan soyu ( kicap cair jepun)
1/2 sudu kecil serbuk dashi ( serbuk stok ikan)
2 sudu kecil gula
1 cawan air
Cara-caranya
1. Buat adunan tempura dulu- masukkan tepung dan air, kacau hingga sebati, kemudain baru masukkan telur yang telah di kocak tadi serta secubit garam, kacau lagi dan pastikan adunan tidak berketul, ketepikan.
2. Buat Tendon Tsuyu- ( sos kicap yang akan dicurah pada nasi dan tempura nanti), masukkan semua bahan ke dalam periuk dan masak sehingga mendidih, tutup api dan sejukkan.
3. Hiris keledek dan labu nipis-nipis dan potong serong chikua, udang pulak di basuh bersih dan potong badan udang jgn sampai putus, ini bertujuan untuk mengelakkan udang dari bengkok apabila digoreng nanti, taburkan sedikit garam. Celup Udang, keledek, labu dan chikua di dalam adunan tempura dan goreng hingga garing, angkat dan ketepikan.
4. Cara Penyedian Tendon, letakkan nasi di dalam bowl dan curah tendon tsuyu tadi, dalam 2 sudu besar, kemudian atur udang, keledek, labu dan chikua di atas nasi dan curah lagi tendon tsuyu di atas permukaan tempura. Sedia untuk dihidangkan bersama miso shiru dan tsukemono ( sayur jeruk jepun) sebagai pelengkap hidangan. Selamat Mencuba.
Nota: Jika mahu tambah tempura ika ( sotong) atau ikan pun boleh juga, ikut selera masing-masing ya, ros suke tendon ni sebab buat nye kejap je, lagipun anak-anak pun suke, kakak damia panggil tendon ni nasi kicap..hihihi : )


