Sos Steamboat Gula Nisan Terengganu
Sos Steamboat Gula Nisan Terengganu

Sos Steamboat Gula Nisan Terengganu

Salam buat semua, hari tu ros buat ikan merah kukus, masa masak ikan tu terasa pula nak buat sos steamboat, godek punye godek maka terhasil lah sos di bawah tu, ros guna bahan yang sedia ade je dalam peti ais, Alhamdulillah sos steamboat nye menjadi dan kena dengan citarasa ros, kalau nak makan dengan pelbagai hidangan steamboat yang lain pun boleh, contohnye sayur sawi kangkung atau pun fishball pelbagai jenis, sos ni juga boleh disimpan di dalam peti ais seminggu, bila nak makan tu, panaskan je, pada yang cuba resepi ni dipersilakan ya : )

Sos Steamboat Gula Nisan Terengganu
Sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com

Bahan-bahanya
1/2 keping gula Nisan Terengganu
beberapa keping hirisan halia*
2 ulas bawang putih*
1/4 biji bawang besar*
1 sudu besar minyak bijan
1 sudu besar kicap manis
2 sudu besar bijan
1 sudu besar gula
2 biji cili merah*
2 biji cili padi*
daun ketumbar yang dihiris halus
2 sudu besar cuka makan
sedikit garam

( sedikit bancuhan tepung kanji kentang ( katakuriko) atau bancuhan tepung jagung untuk memekatkan sos)

Cara-caranya.

1. Gula Nisan dipotong kecil, kemudian masak gula nisan tadi dengan sedikit air, masak hingga gula larut. tutup api dan ketepikan.

2. Kisar semua bahan yang bertanda * dengan 1/2 cawan air hingga hancur, curahkan ke dalam periuk yang berisi larutan gula nisan tadi. Masukkan juga garam dan sedikit gula. Masak hingga mendidih.

3. Setelah mendidih, masukkan pula minyak bijan dan cuka makan, kacau sebati. untuk memekatkan kuah, masukan bancuhan tepung katakuriko atau tepung jagung, kacau selalu.

4. Setelah kuah menjadi pekat baru masukkan bijan dan hirisan daun ketumbar, sedia untuk dihidangkan bersama ikan kukus ataupun sayuran, fish ball hidangan steamboat anda, Selamat Mencuba.

Nota: Tahap kepedasan dalam sos ni bolah di adjust ya, sila tambah kuantiti cili padi dan cili merah mengikut kesusaian selesa masing-masing ya.

Sos Steamboat Gula Nisan Terengganu
Sos Steamboat Gula Nisan Terengganu
Sos Steamboat Gula Nisan Terengganu
Sos Steamboat Gula Nisan Terengganu
Sos Steamboat Gula Nisan Terengganu
Sos Steamboat Gula Nisan Terengganu
Advertisement