Soft Honey Raisin Pumpkin Buns
Soft Honey Raisin Pumpkin Buns

Soft Honey Raisin Pumpkin Buns

Bahan-bahanya ( sumber resepi ros@jintanmanis.com)

220gram tepung roti
30gram tepung gandum
4 gram yis
1/2 biji telur
100 ml susu segar suam+1 sudu besar madu ( di kacau sebati)
2 sudu besar gula
1/2 sudu kecil garam
40 gram butter atau marjerin
80 gram labu (yang telah direbus dan dilecek baru ditimbang)

bahan tambahan
1/2 cawan kismis hitam

bahan topping
sedikit kelapa kering/ gula

( ros tak masukkan bread imporver atau bread softner, sebab dah letak telur, tapi kalau nak masukkan pun boleh juga, letak 1 sudu kecil ya, lagi satu kalau nak letak water roux pun boleh, makin gebus buns ni nanti )

Cara-Caranya ( Jika Uli Tangan)- Doh Roti

1. Satukan tepung roti, tepung gandum, yis, gula, butter dan garam di dalam bekas adunan dan buat lubang ditengah-tengah.

2. Kemudian masukkan susu segar yang telah dicampur dengan madu, labu yang telah dilecek serta telur di dalam tepung dan uli rata hingga menjadi doh. Pastikan doh lembut dan elastik, kemudian letak didalam bekas dan tutup dengan plastik wrap. Perap 45 minit hingga doh menjadi dua kali ganda.

Cara lain jika menggunakan bread maker :

-Masukkan semua bahan ke dalam breadmaker, kecuali kisimis hitam, pilih menu dough dan tunggu sampai doh siap diuli baru masukkan kismis hitam dan uli sebentar, selepas itu boleh terus dibentuk bulat-bulat.

3. ( sambungan step jika uli tangan) Keluarkan doh, tumbuk doh untuk membuang udara@angin. Uli lagi 5 minit, kemudian bahagi doh pada 12 bahagian kecil dan letakkan dalam acuan petak dan biarkan naik dua kali ganda lebih kurang 45 minit hingga satu jam. ( ros letakkan dalam papercup muffin dan susun dalam muffin tray, kemudian ros gliss permukaan buns dengan susu segar yang dicampur dengan beberapa titik madu dan tabur kan atasnya dengan kelapa kering dan gula.)

4. Bakar dalam oven pada suhu 170C selama 18 – 20 minit. Setelah masak, sejukkan atas redai, Simpan roti dalam bekas bertutup untuk mengekalkan kelembutan roti, bun ini akan sentiasa lembut walaupun setelah dua hari. Selamat Mencuba.

– di bawah ni ade gambar buns sebelum dan selepas dibakar, ros suke buat kecik-kecik, biar nampak comel je dan senang juga untuk dimakan.

Nota: Kalau tak mahu letak raisin pun takpe biarkan plain je, ros ambil sedikit doh bun ni dan biarkan kosong je, dan letakkan dalam aduan petak kecil, yang tak sangkanya, anak-anak suke dengan bun labu ni, agaknya lemak manis buns ni yang memikat selera anak-anak ros tu, ros pun dah jatuh cinta dengan rasa buns labu ni, sedap sangat, lain kali kalau ade labu nak buat lagi lah : )

Soft Honey Raisin Pumpkin Buns
Soft Honey Raisin Pumpkin Buns
Soft Honey Raisin Pumpkin Buns
Soft Honey Raisin Pumpkin Buns
Soft Honey Raisin Pumpkin Buns
Soft Honey Raisin Pumpkin Buns
Advertisement