
Nasi Beriani Mentega Daun Kari
Assalammualaikum WBT. Seperti biasa ros kalau buat nasi beriani ros tak masukkan ayam atau daging dalam nasi tu, ros sukekan nasi beriani plain atau kosong, dan ros akan buat lauk pauk sampingan bagi menlengkapkan menu nasi beriani ni, hari ni ros akan kongsikan dulu resepi nasi beriani, ros masukkan sedikit mentega dan daun kari dalam nasi beriani ni, aroma butter dan daun kari tu, menaikkan seri dan menerbitkan rasanye yang tersendiri, resepi boleh rujuk di bawah ni ye, Selamat Mencuba.
Nasi Beriani Mentega Daun Kari
Sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com
Bahan-bahanya
3 cawan beras wangi jasmine Thai ( lagi sedap guna beras basmathi)
1 1/2 cawan susu segar+ 1 cawan air ( guna susu cair ideal tu lagi sedap)
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
sedikit bawang besar ( di cincang halus)
1 ulas bawang putih ( dicincang halus)
sedikit daun kari
3 sudu besar rempah beriani adabi
2 sudu besar butter
– sedikit minyak untuk menumis
( nak sedap lagi buleh masukkan kacang gajus dalam nasi beriani ni)
Cara-caranya
1. Basuh beras Jasmine dan toskan, kemudian masukkan sedikit minyak masak dan panaskan, tumis kulit kayu manis dan bunga lawang, apabila naik bau masukkan, bawang besar, bawang putih dan rempah beriani tadi, kacau sebati.
2. Selepas itu masukkan beras dan kacau lagi, kemudian masukkan dua sudu besar mentega dan kacau sebati, biarkan seketika, akhir sekali curahkan ke dalam periuk nasi dan masukkan susu segar, air dan daun kari, sesuaikan rasa, masukkan sedikit garam. Tekan On dan masak nasik seperti biasa. Perlu di ingat sukatan air tu bergantung pada periuk nasi masing-masing ya, pandai-pandai lah adjust. : )
3. Bila dah masak, baru masukkan kacang gajus, sedia untuk dihidangkan bersama lauk pauk yang lain. Selamat Mencuba. ( kalau letak daun puding lagi sedap ni).
Nota: Kalau nak letak sedikit pewarna kuning pun boleh, kismis ke, daun pudina ke ikutlah selera masing-masing ya, ros masak mengikut bahan yang sedia ade je kat dapur tu.: )

