Yogurt and Ghee Buns
Yogurt and Ghee Buns

Yogurt and Ghee Buns

Sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com

Bahan-bahanya
350 gram tepung roti
150 gram tepung gandum
30 gram minyak sapi@ghee
1 biji telur- tinggalkan sedikit utk sapuan pada atas bun nanti.
50gram gula
3 sudu besar plain yogurt@natural yogurt
220 ml susu segar@air suam
6 gram yis( ros guna instant yis jenama mauripan)
2 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil garam
1 sudu besar minyak masak

(untuk topping atasnya ros hanya taburkan sedikit gula)

Cara-caranya

1. Buat doh roti, Kaedah 1, penggunaan Bread Maker (BM), masukkan semua bahan Doh, kecuali bahan inti dan bahan salutan, ikut arahan menguli pada BM masing-masing dan tekan Start, tunggu sampai siap di uli dan boleh terus ke langkah no. 4 di bawah.

2. Kaedah 2, Jika uli tangan, masukkan semua bahan doh di dalam bekas adunan kecuali bahan topping dan uli hingga tidak melekat pada tangan, Setelah menjadi doh ambil plastic bersih dah letakkan doh di dalam plastic itu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 8 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut dan elastik.

3. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap atau kain bersih dan biar doh naik dua kali ganda. masa yang diperlukan lebih kurang 40 minit hingga ke satu jam.

4.Selepas doh diperap, tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin, kemudian uli doh sekali lagi beberapa minit dan bahagikan doh mengikut besar yang anda suka, ros suke comel-comel jadinya ros buat 20 bahagian kecil. Biarkan ia seketika selama 6 ke 8 minit. Kemudian bulat-bulatkan dan susun di dalam acuan petak, atau dulung pembakar, biarkan naik dua kali ganda, masa yang diperlukan lebih kurang 30 minit atau 40 minit. Gliss permukaan buns dengan baki telur yang dicampur dengan satu sudu besar susu segar atau air, gliss permukaan buns dan taburkan dengan sedikit gula. Panaskan oven suhu 170 ke 180 darjah, bakar buns selama 18 ke 22 minit ataupun sehingga permukaan buns menjadi perang.

5. Setelah masak, sejukkan buns di atas redai dan simpan di dalam bekas bertutup bagi mengekalkan kelembutan nya, sesuai di makan bersama kari ayam ataupun dimakan begitu sahaja, Selamat Mencuba.

– kalau adunan ni banyak boleh buat separuh adunan sahaja, dan selalunye kuantiti buns yang dihasilkan oleh bahan di atas, cukup untuk ros sarapan dan minum petang.

Yogurt and Ghee Buns
Yogurt and Ghee Buns
Yogurt and Ghee Buns
Yogurt and Ghee Buns
Yogurt and Ghee Buns
Yogurt and Ghee Buns