
Yaki Kishimen @ Kue Tiaw Goreng Citarasa Ros
Sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com
Bahan-bahannya
sedikit daging batang pinang atau daging boneless ( dihiris nipis)
sedikit kobis dihiris halus
200gram kishimen@ kue tiaw ( basuh dan toskan)
4 sudu besar bahan kisar ( beberapa tangkai cili kering+1/2 biji bawang besar+2 ulas bwg putih)
sedikit ikan bilis ( di tumbuk halus)- ni kalau tak nak letak pun takpe
sedikit daun kucai ( dipotong beberapa bahagian)
2 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tiram
sedikit kicap manis
sedikit tahu goreng atau fish cake ( dipotong kecil) – kalau kt jepun ros guna satsuma age dan chikuwa
1 biji telur
sedikit sayur tauge
( untuk menambahkan kesedapan dan aromanye ros masukkan sedikit hirisan daun celery atau daun sup)
– ros kalau masak mi goreng atau pun kue tiaw, ros tak masukkan sayur sawi, sebab bau sayur sawi agak kuat, dan ros hanya gantikan nye dengan hirisan sayur kobis, tapi ikutlah selera masing-masing ya, kalau suke sawi boleh je letak.
bahan topping dan hiasan, sedikit bawang goreng dan cili jeruk.
Cara-caranya
1. Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan kisar hingga garing, kemudian masukkan daging dan 1/2 cawan air, masak sehingga daging empuk, selepas itu masukkan sebiji telur, biarkan sebentar baru dikacau, masukkan pula, ikan bilis yang telah ditumbuk, sos cili, sos tiram, kicap manis dan fish cake atau tahu goreng, kacau sebati.
2. Masukkan sedikit air , jika terlalu kering, selepas itu masukkan kobis, kacau sebati, setelah agak mereneh baru masukkan kishimen@kue tiaw dan daun kucai, kacau beberapa minit sehingga semuanya mesra, akhir sekali masukkan hirisan daun celery atau daun sup serta tauge, biarkan lebih kurang 1 minit, Hiaskan yaki kishimen dengan cili jeruk atau taburkan dengan bawang goreng, siap untuk dihidangkan panas-panas. Selamat Mencuba.
– Ros tidak masukkan garam dan ajinomoto dalam masakan ini, kerana kuantiti garam dan serbuk perasa yang sedia ada pada sos cili, kicap dan sostiram suduh mengcukupi.


