
Sambal Goreng Jawa Cara Ros
Bahan-bahannya
1/2 paket tempe saiz sederhana ( kat jepun ni 1 paket tempe tu saiz nye agak besar, ros guna separuh je)
1 bekas kecil kacang tanah
2 biji kentang
sedikit ikan bilis – ambil sedikit ikan bilis dan tumbuk lumat, selebihnya digoreng garing
1/4 biji bawang besar, dihiris nipis
2 ulas bawang putih, dihiris nipis
4 sudu besar cili kisar
sedikit kacang buncis
sedikit garam
sedikit suun direndam dahulu dan dipotong beberapa bahagian
3 sudu besar kicap manis
sedikit air asam jawa
sedikit gula
boleh masukkan sedikit belacan jika suka.
Cara-caranya
1.Potong dadu tempe dan gaul dengan sedikit garam, goreng hingga masak dan agak garing
2. Kentang di buang kulit dan dihiris nipis, goreng hingga masak.
3. Goreng kacang tanah dan ikan bilis hingga garing
4. Suun di rendam dan dipotong beberapa bahagian.
5. Panaskan minyak, tumis bawang besar dan bawang putih hingga layu dan perang, kemudian masukkan cili kisar dan kacau sebati, biarkan beberapa minit, selepas itu masukkan gula dan garam, air asam jawa, kicap manis serta sedikit ikan bilis yang ditumbuk lumat. Kacau selalu.
6. Selepas itu masukkan suun dan hirisan kacang buncis, setelah semua sebati, baru masukkan bahan yang siap digoreng tadi, kacau lagi dan pastikan semua bahan mesra digaul sekata.
7. Setelah semua nye sebati dan sambal menjadi kering sedikit, angkat dan sedia untuk dihidangkan panas-panas, Selamat Mencuba.
– Jika nak masukkan sayur fucuk sila rendam dahulu, dan boleh juga masukkan tahu goreng.

