Sambal Bendi JintanManis
Sambal Bendi JintanManis

Sambal Bendi JintanManis

Sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com

Bahan-bahannya

4 sudu besar cili kisar
4 biji bawang kecil@ 1/2 biji bawang besar saiz kecil
2 ulas bawang putih
sedikit belacan (x letak pun takpe)
secubit garam
1/2 sudu besar gula
10 batang kacang bendi ( kacang bendi di buang bahagian atas dan hujungnya) – kacang bendi tidak perlu dihiris nipis atau dipotong beberapa bahagian.
2 sudu kecil jintanmanis
1/2 biji bawang besar ( dihiris kasar)
sedikit air asam jawa

sedikit minyak untuk menumis
Cara-caranya

1. Tumbuk bawang putih dan bawang merah menggunakan lesung batu sehinga lumat, ketepikan ( nak blender pun boleh) .

2 Panaskan 3 sudu besar minyak di dalam kuali dan tumis bawang yang telah ditumbuk tadi, masukkan juga cili kisar, jintanmanis dan sedikit belacan, setelah bahan tumisan agak garing masukkan 1 cawan air, biarkan agak mendidih, baru masukkan kacang bendi, masak sehingga bendi empuk dan sesuaikan rasa, masukkan sedikit garam dan gula.

3. Kemudian masukkan air asam jawa dan kacau sebati, masak sehingga kuah sambal menjadi agak pekat, akhir sekali masukkan hirisan bawang besar, biarkan bawang besar agak layu, angkat dan sedia untuk dihidangkan, selamat mencuba.

Nota: Jika tiada jintanmanis dirumah boleh juga diganti dengan jintan putih. Selamat Mencuba

Sambal Bendi JintanManis
Sambal Bendi JintanManis
Sambal Bendi JintanManis
Sambal Bendi JintanManis