Roti Saj
Roti Saj

Roti Saj

Ros buat roti ni sebagai menu dinner, nasib baik tak masak lauk lain, sebabnya biila makan roti saj ni memang kenyanglah, ala-ala roti naan sikit, cumanya lainkali kalau buat kena kurangkan lah kuantiti air tu, sebabnya ros kena tambah tepung, adunannye agak lembik, hihi, ape pun terima kasih pada Puan Rusnah FP atas resepi roti Saj ni, ros copy resepi dari Blog kak Madiha, kawan-kawan lain pun ramai dah buat, Kak Ummi Kuantan, Kak Hana Kanazawa dan semalam rumah Kak Ika Bangkok., bila tengok roti saj kawan-kawan ni lagilah teruja ros nak mencubanya.

ROTI SAJ
Sumber : KAK RUSNAH FP

1 sb yis mauripan
1 sb gula (kak rus ganti ngan susu pekat kacau dalam air suam ~ ( ros pun ikut cara kak Rus ni)
1 1/2 cwn air suam (- lain kalau buat ros kena kurangkan sikit kuantiti air ni)
3 1/2 cwn tepung (MaDiHaA tambah lagi sebab adunan agak lembik.. tak taulah kot tersilap sukat bahan coz menguli subuh2 hari.. hehe)
1/2 st garam
sedikit minyak
Cara membuatnya:

1.Campurkan yis, gula, air suam dan garam sebatikan lalu masukkan tepung dan diuli.

2.Selesai diuli, ketepikan 1 jam…tutup kejap dgn plastik.

3.Uli lagi dan ketul-ketulkan kpd 7- 8 bahagian (MaDiHaA bahagikan kepada 9 – 10 ketul)…dibulat-bulatkan dan disalut minyak/tepung. ( ros ikut cara kak madiha salut ngan minyak)

4.Ambil seketul dan ditekan-tekan dlm pinggan bulat bagi elok bulatnya dan digoreng tohor mcm goreng capati…….bila masak angkat…. (MaDiHaA masak lebih kurang 3 ~ 4 minit bagi setiap belah roti saj & terbalikkan masak lagi) mmmm makan ngan kuah….sedap dan kenyang….

Nota dari Kak Madiha : Semasa menggoreng gunakan api yang perlahan. Minyak hanya gunakan beberapa titis jer semasa menggoreng. Tutup kuali dengan penutup pengukus supaya wap panas tak keluar & roti saj cepat masak.

Nota: Dapat banyak juga dari adunan kat atas tu, ade lebih tu ros simpan sampai esok pagi, bila nak makan panaskan je, boleh dijadikan menu sarapan, lunch atau dinner.

Roti Saj
Roti Saj
Advertisement