Roti Coklat Buah Campuran
Roti Coklat Buah Campuran

Roti Coklat Buah Campuran

Bahan-bahanye
220 gram tepung roti
40 gram serbuk koko ( lebih kurang 2 sudu besar)
2 sudu besar butter atau marjerin
2 sudu besar gula
1 sudu besar susu tepung
1 sudu kecil garam
1 1/2 sudu kecil yis kering
150 ml air suam ( ros letak 80 ml air suam, 80 ml susu segar)
1 biji telur (3/4 biji ros masukkan dalam doh baki nya gliss atas roti)
1/2 cawan mix dry fruits ( dipotong kecil bentuk dadu)

Caranya
1. Masukkan semua dalam Breadmaker ( kecuali dry fruits) dan pilih menu dough dan tekan ON je, bila dah siap di uli, keluarkan dan baru campurkan dgn dry fruits tadi, bahagi doh pada dua bahagian, dan letak dalam acuan loaf, biarkan naik dua kali ganda.

2. Jika tiada Breadmaker, uli semua bahan dalam bekas adunan hingga menjadi doh, uli hingga tidak melekat pada jari, selepas itu masukkan doh dalam plastic bersih dan ramas selama 5 hingga 10 minit, perap doh selama 40 minit.

3.Kemudian tumbuk doh dan uli sekali lagi, bahagi doh pada 2 bahagian dan letak dalam acuan sandwish loaf, biarkan doh naik 2 kali ganda dan bakar pada suhu 180 darjah selama 25 minit, Setelah siap di bakar, sejukkan atas redai dan sedia untuk dihidangkan, sesuai dijadikan sarapan atau menu minum petang, Selamat Mencuba.

Nota: Jika menggunakan acuan kek bulat atau petak, bulat-bulatkan je macam bun dan pendekkan masa membakar tu, lebih kurang 18 ke 20 minit sahaja. Anda pasti menggemarinya, kalau nak letak kismis pun boleh, ikutlah selera masing-masing ya.

Roti Coklat Buah Campuran
Roti Coklat Buah Campuran
Roti Coklat Buah Campuran
Roti Coklat Buah Campuran
Roti Coklat Buah Campuran
Roti Coklat Buah Campuran
Advertisement