
Nasi Ayam Panggang
Bahan perapan untuk Ayam Panggang
1 sudu besar sos tiram+1 sudu besar madu
1 sudu sos cili+ 2 sudu besar kicap manis
1 sudu besar gula, 1 sudu kecil garam
1 s/k minyak bijan, sedikit serbuk kunyit
3/4 ekor ayam dibahagi 6 ke 8 bahagian ( ambil bahagian tulang dan potong kecil-kecil)
caranya
1. Di dalam periuk masukkan air dan bahagian tulang ayam tadi, rebus hingga mendidih dan masukkan 1 kiub pati ayam, bahagi air rebusan pada dua bahagian dan ketepikan.
1. Selepas itu, gaulkan semua bahan pada baki ayam dan perap selama 2 jam atau lebih, kemudian bakar ayam di dalam oven dengan suhu 180darjah selama 40 minit. Bila baki tinggal 10 minit balik-balikkan ayam tadi supaya permukaan perang rata. Angkat dan ketepikan.
Bahan tumisan untuk Sup Ayam dan Nasi Ayam ( ros masak sekali je bahan tumisan ni, nak cepat)
1/4 biji bawang besar
2 keping kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
2 ulas bawang putih
1/2 buku halia saiz kecil
sedikit minyak untuk menumis
Caranya
1. Tumis semua bahan dan bahagi tumisan pada dua bahagian, satu bahagian di masukkan terus di dalam air rebusan ayam ( tumis darat) dan satu lagi untuk tumisan pada nasi ayam.
2. Di dalam periuk yang berisi air rebusan ayam tadi, curahkan 1 bahagian bahan tumisan dan masak seperti biasa ( untuk sup ayam).
Sos Cili
caranya
3 biji cili besar+4biji cili padi
2 inci halia
2 ulas bawang putih
1/2 sudu kecil garam+1 sudu kecil gula
1/2 cawan air rebusan ayam
caranya
1. Blender halus, cili besar, cili padi, halia dan bawah putih, kemudian masukkan semua bahan dalam periuk dan masak hingga pekat. Sesuaikan rasa, masukkan garam dan gula. sedia untuk dihidangkan. ( nak sedap lagi boleh masukkan juga beberapa titik minyak bijan)
Bahan Nasi Ayam
air rebusan ayam ( sukatan air rebusan ayam ikut sukatan air pada periuk nasi masing-masing ya)
Baki bahan tumisan sup tadi
3 cawan beras
1 sudu kecil kicap cair
1 ikat daun pandan
beberapa titik minyak bijan
Carannya
1. Di dalam kuali yang mengandungi bahan tumisan tadi, masukkan beras yang sudah ditos dan gaul sebati, goreng seketika dan kacau selalu, kemudian masukkan kicap cair, daun pandan dan beberapa titik minyak bijan. Akhir sekali curah di dalam rice cooker dan masukkan air rebusan ayam, masak seperti biasa, dan tekan ON, tunggu hingga masak dan sedia untuk dihidangkan bersama ayam panggang dan sala, tomato dan timun. Selamat Mencuba.
Bahan sampingan
Hirisan Tomato, Timun, dan Daun salad.


