Nama Kurimu Pan ( Fresh Cream Bun)
Nama Kurimu Pan ( Fresh Cream Bun)

Nama Kurimu Pan ( Fresh Cream Bun)

Sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com

Bahan-bahanya ( untuk doh roti)
300gram tepung roti
150gram tepung gandum
30 gram susu tepung@skim milk ( kalau tak letak susu tepung pun takpe)
110ml nama kurimu@fresh cream
1 biji telur ( tinggalkan sedikit utk gliss pada permukaan roti nanti)
180ml susu segar@bancuhan susu tepung@air suam
6gram yis
40gram gula
40gram marjerin
1sudu kecil baking powder

Bahan-bahanya eggwash untuk gliss pada permukaan bun nanti
baki telur+ 1 sudu besar susu segar atau air + beberapa titik madu

(sedikit coklat rice sebagai variasi pada nama kurimu pan.

Cara-caranya ( Doh Roti)

1. Buat doh roti, Kaedah 1, penggunaan Bread Maker (BM), masukkan semua bahan Doh dan ikut arahan menguli pada BM masing-masing dan tekan Start, tunggu sampai siap di uli dan boleh terus ke langkah no. 4 di bawah.

2. Kaedah 2, Jika uli tangan, masukkan semua bahan doh di dalam bekas adunan dan uli hingga tidak melekat pada tangan, Setelah menjadi doh ambil plastic bersih dah letakkan doh di dalam plastik itu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 8 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut dan elastik.

3. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap atau kain bersih dan biar doh naik dua kali ganda. masa yang diperlukan lebih kurang 40 minit hingga ke satu jam.

4. Selepas itu, tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin, bahagi doh pada 3 bahagian, 2 bahagian biarkan plain dan bentukkan bulat, susun dalam acuan petak, dan biarkan naik dua kali ganda, satu lagi bahagina masukkan coklat rice, uli sebati kemudian bulatkan kecil-kecil dan susun dalam loyang kek bulat , Perap dan biarkan sehingga naik dua kali ganda. Masa yang diperlukan lebih kurang 40 minit.

5. Setelah semua bun naik dua kali ganda, gliss permukaan bun dengan bancuhan telur, akhir sekali bakar pada suhu 170 atau 180 darjah selama 16 ke 18 minit atau sehingga permukaan bun perang.

6. Sejukkan atas redai, dan simpan di atas bekas bertutup. Selamat Meroti buat semua.

Tips-tips berdasarkan pengalaman ros sendiri membuat roti, baca dan pratikkan ya, jika bahan dah cukup dan cara juga betul, tak mustahil anda akan dapat hasilkan roti yang lembut, halus dan gebu.

TIPS-TIPS MEMBUAT ROTI KLIK SINI YA

Nota: masa nak mula bakar bun ni, ros tutupkan permukaan nye dengan baking sheets@kertas minyak, bila baki pembakaran ade 5 minit ros buangkan kertas minyak tadi, ni langkah bagi mengelakkan bun terlau perang.

Nama Kurimu Pan ( Fresh Cream Bun)
Nama Kurimu Pan ( Fresh Cream Bun)
Nama Kurimu Pan ( Fresh Cream Bun)
Nama Kurimu Pan ( Fresh Cream Bun)
Nama Kurimu Pan ( Fresh Cream Bun)
Nama Kurimu Pan ( Fresh Cream Bun)