
Egg Paratha Rolls ( Roti Paratha Telur Gulung)
Sumber resepi asal (Eglish): Gert My Kitchen Snippets
Sumber resepi kedua ( Melayu): Kak Ummi Kuantan dan Kak Hana
Telah Dicuba Oleh: rosmarlina @ jintanmanis.com
Bahan-bahan
5 keping frozen plain paratha – jenama kawan@lain
5 biji telor – dipukul sedikit
sedikit daun bawang – hiris halus
1/2 biji bawang besar – dicincang halus ( ros mayang nipis je)
sedikit lada sulah ( ros tak letak)
garam secukup rasa
sedikit minyak zaitun untuk menggoreng paratha ( ros guna minyak masak biasa)
beberapa keping slice cheese (jika suka utk dimakan begitu saja)- ros tak letak
Cara-Cara
1. Panaskan non-stick pan dan letakkan beberapa titis minyak zaitun dan goreng paratha hingga sedikit garing kedua2 belah. Buat hingga siap dan ketepikan.
2. Dalam mangkuk lain, campurkan telor bersama bawang, daun bawang, lada sulah dan garam. Kacau rata.
3. Gunakan pan yang sama tadi, letak sedikit minyak dan tuangkan 3 sudu besar adunan telor, biar adunan membulat dan tekapkan segera paratha yang telah digoreng tadi.
4.Masak lebihkurang 2 minit dan bila adunan telor telah melekat pada paratha, angkat ke dalam pinggan leper. Buat hingga habis.
5.Gulungkan terus ketika masih panas. Potong sebesar 1 1/2 inci dan atur dalam pinggan. Hidangkan bersama kuah kari ayam dan sedap dimakan ketika panas2 suam.
Nota: ros pecahkan telur tu sebiji demi sebijik dan tak campurkan semua sekali, sebab tak mahu telur tu cair disebabkan air bawang, dalam erti kata lain, ros pecahkan sebiji telur kemudian, campur bawang dan daun bawang, curahkan dlm fry pan, dan bila dah nampak masak sikit telur tu, tampal roti paratha, ulang langkah tu sampai habis roti dan telur.
-amat sesuai dijadikan menu sarapan atau minum petang bersama keluarga tersayang, minum pula dengan teh tarik ke, nescafe tarik ke, memang sesuailah, selain sedap dimakan, egg paratha rolls ni bila dicicah dengan kari ayam makin up rasanya.. tak rugi ros mencuba nya, pasti ada siaran ulangan nye nanti.

