Bun Gula Merah Resepi II
Bun Gula Merah Resepi II

Bun Gula Merah Resepi II

Sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com

Bahan-bahanya ( untuk doh roti)
550gram tepung roti
70ml air gula merah
2 sudu besar susu tepung@skim milk
3 sudu besar gula
1 biji telur ( tinggalkan sedikit untuk gliss pada roti nanti)
2 sudu besar butter@marjerin
130ml susu suam@air suam
6gram yis atau 2 sudu kecil yis
1/2 sudu kecil garam
4 sudu besar water roux boleh diganti dengan bread softner atau bread improver
sedikit coklat rice sebagai hiasan

untuk buat bancuhan gula merah, ambil 40gram gula merah, dimasak dengan 140ml air dan masukan juga sehelai daun pandan yang disimpul, masak sehingga mendidih, angkat dan sejukkan sebentar, sukat air gula merah tadi sebanyak 70ml.
* untuk gliss dan topping*
baki telur+2 sudu besar susu segar@air +beberapa titik madu dan taburkan dengan coklat rice.

Cara-caranya ( Doh Roti)

1. Buat doh roti, Kaedah 1, penggunaan Bread Maker (BM), masukkan semua bahan Doh, kecuali colat rice dan ikut arahan menguli pada BM masing-masing dan tekan Start, tunggu sampai siap di uli dan boleh terus ke langkah no. 4 di bawah.

2. Kaedah 2, Jika uli tangan, masukkan semua bahan doh di dalam bekas adunan kecuali coklat rice dan uli hingga tidak melekat pada tangan, Setelah menjadi doh ambil plastic bersih dah letakkan doh di dalam plastic itu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 8 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut dan elastik.

3. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap atau kain bersih dan biar doh naik dua kali ganda. masa yang diperlukan lebih kurang 40 minit hingga ke satu jam.

4. Selepas itu, tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin, bahagi doh pada beberapa bebola kecil dan bulat-bulatkan, susun di dalam acuan petak 18cm atau di atas dulang pembakar, biarkan naik dua kali ganda.

5. Ros bahagikan doh tadi pada dua bahagian, satu bahagian ros campurkan dengan coklat rice dan uli sehingga semuanya sebati, akhir sekali gliss permukaan bun dengan bancuhan telur dan toppingkan dengan coklat rice , bakar pada suhu 180 darjah selama 20-22 minit atau sehingga permukaan bun perang.

6. Sejukkan atas redai, dan simpan di atas bekas bertutup bagi mengekalkan kelembutan nya. Selamat Mencuba.

Nota: kuantiti bun yang ros dapat dari bahan di atas agak banyak, lebih kurang 3 loyang kecil, sebabnya ros bentukkan comel-comel, biar senang anak-anak ros nak makan, kalau isi rumah tak ramai, boleh buat separuh adunan di atas ya.

Bun Gula Merah Resepi II
Bun Gula Merah Resepi II
Bun Gula Merah Resepi II
Bun Gula Merah Resepi II
Bun Gula Merah Resepi II
Bun Gula Merah Resepi II
Advertisement