Bubur Nasi Sup Ayam
Bubur Nasi Sup Ayam

Bubur Nasi Sup Ayam

Pada yang ade masa tu boleh follow resepi bubur nasi berlauk ni, resepi dari suke_masak myresipi. Thank you ya kongsi resepi bubur nasi ni, lainkali ros boleh cuba.

Bahan-bahannya

1 cawan beras
8 cawan air (terpulang la nak lembik atau pejal bubur tu nanti)
2 biji kentang (potong kecil2)
1 labu bwg besar ( hiris)
2 ulas bwg putih (hiris)
2 inci halia (hiris)
4 ketul daging ayam
sedikit perasa ayam, lada hitam, lada putih & garam

Cara-cara

1. Tumiskan bahan2 hiris hingga naik bau.
2. Masukkan air, biarkan mendidih.
3. Masukkan beras, kacau dan didihkan sekali lagi dgn api besar.
4. Kemudian masukkan ayam dan kentang. Kacau dan tambahkan bahan2 perasa.
5. Masakkan bubur dgn api sederhana/kecil hingga kelihatan pekat & kembang. Tambah air jika tekstur beras kelihatan seperti nasi. Kacau sekali-sekala.

Bubur Nasi Sup Ayam
Bubur Nasi Sup Ayam