Apam Comel Mitsuya Cider II
Apam Comel Mitsuya Cider II

Apam Comel Mitsuya Cider II

Saje je letak ovalette dalam resepi apam ni, kalau perasan resepi ni same je dengan resepi yang lama, cuma ade penambahan ovalette, tak sia-sia lah ros tambah, sebab menjadikan apam ni sentiasa gebu dan lembut sepanjang masa, walaupun setelah sejuk.

Bahan-bahanya

150gram tepung gandum

1 sudu kecil baking powder

1 biji telur

120ml air mitsuya cider ( boleh ganti dengan air aiskrim soda atau 7up)

50gram gula

beberapa titik esen vanila

beberapa titik pewarna merah (ros guna sirap)

1/2 sudu kecil ovalette

Cara-caranya

1. Panaskan kukus, ayak tepung gandum bersama baking powder dan pukul telur dan gula hingga betul-betul kembang.

2. Kemudian masukkan ovalette dan pukul lagi, selepas itu masukkan tepung sedikit demi sedikit di selang seli dengan air soda, masa ni jangan guna mixer, guna sudu atau spatula sahaja.

3. Ambil sedikit lebih kurang satu senduk, adunan tadi dan warnakan dengan warna merah, selebihnya biarkan warna asal, cedokkan adunan asal dengan sudu dan isikan sehingga 3/4 acuan, kemudian ambil 1/2 sudu kecil adunan berwarna merah dan letakkan atas adunan warna asal tadi.

4. Kukus selama 8 minit, dengan api sederhana, angkat dan keluarkan dari acuan dan sedia untuk dihidangkan, selamat mencuba.

Nota: ros kukus apam ni di dalam acuan kuih lompang, dan ros alas dengan paper cup saiz S, dapatlah dalam 18 cup kecil. bila dah tambah ovallette ni apam ni lagi gebu dan lembut je bila di makan : )

Apam Comel Mitsuya Cider II
Apam Comel Mitsuya Cider II
Apam Comel Mitsuya Cider II
Apam Comel Mitsuya Cider II
Advertisement