Yaki Soba Pan ( Roti Mee Goreng)
Yaki Soba Pan ( Roti Mee Goreng)

Yaki Soba Pan ( Roti Mee Goreng)

Bahan-bahan ( dpt dalam 8 biji bun )

250 gram tepung roti
50 gram tepung gandum
1 1/2 sudu kecil yis
150ml susu segar
1 1/2 sudu besar marjerin @ butter
2 sudu besar gula
1/2 biji telur
1 sudu kecil bread improver
1 sudu besar susu tepung
*sedikit mee goreng sebagai inti bun*

Cara-cara

1. Kalau ade BM tu boleh masukkan semua bahan dan pilih menu Dough dan On je, kalau takde masukkan semua dalam bekas adunan dan uli hingga tak melekat pada tangan. Pastikan Doh betul-betul lembut dan elastik.

2. Kalau takde BM, bolah ikut cara saya ni, Tips untuk dapat doh yang lembut, ambil plastic bersih dah letakkkan doh di dalam plastic tu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 5 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut

3. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap dan biar doh naik dua kali ganda. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin. bahagi doh pada 8-10 bahagian kecil dan bentukkan bujur, susun atas dulang pembakar. Biarkan naik sekali lagi, spray dengan air . Bakar pada suhu 180 darjah selama 20 minit.

4. Untuk mendapatkan permukaan doh yang licin dan tidak kering pastikan permukaan bun tadi ditutup dengan alumunium foil, selepas 10 minit masa dibakar baru buka alumunium foil tu dan biar permukaaan nye perang. Bila baki masa membakar ade lebih kurang 2 minit buka pintu oven dan glis dengan marjerin dan bakar semula hingga selesai.

5. Bila masak mee goreng untuk dijadikan inti bun ni, kalau boleh jangan guna sayur sawi ye, guna sayur kobis , baru sedap, wrap kemas bun dengan plastic wrap supaya inti mee goreng tidak terkeluar. Selamat Mencuba.

ota: Kalau tak nak letak mee goreng pun takpe, letak sosej ke telur mayonis ke ataupun tuna, ikutlah selera masing-masing ya : )

Yaki Soba Pan ( Roti Mee Goreng)
Yaki Soba Pan ( Roti Mee Goreng)
Yaki Soba Pan ( Roti Mee Goreng)
Yaki Soba Pan ( Roti Mee Goreng)
Advertisement