
Resepi Satay Ayam di Osaka ( Mareshia No Yakitori)
Sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com
Bahan-bahanya
3 keping dada ayam ( ros guna yang baticrom punye dada ayam dia besar-besar)
2 keping bahagian peha boneless
sedikit halia ( agak-agak je, sebesar ibu jari)
sedikit lengkuas (sebesar ibu jarii)
2 sudu besar jintan manis
sedikit gula melaka ( dipotong kecil)
3 sudu besar gula dan satu sudu kecil garam
1 batang serai
1/2 biji bawang besar
2 sudu besar madu
1 sudu besar ketumbar
( sedikit kunyit serbuk untuk menaikkan seri warna satay ayam tu nanti)
*Untuk Kuah Kacang*
2 paket kacang tanah ( ros beli yang kt supermarket tu, yang boleh dimakan terus)
1 batang serai
1/4 biji bawang besar
2 inci halia
1 biji bawang putih
2 sudu besar udang kering ( nak ganti dengan hirsan daging atau ayam pun boleh)
2 sudu besar cili kisar
garam dan gula
Bahan sampingan menu sate ayam
ketupat segera, timun dan hirisan bawang besar
( lidi sate tu kalau boleh rendam kejap dengan air, untuk mengelakkan daripada terbakar masa panggang atas dapur gas nanti).
Cara-caranya ( sate ayam)
1. Potong isi ayam, jangan terlalu kecil atau terlalu besar, agak-agak je, biar sesuai untuk di cucuk pada lidi sate nanti, Blender halus, bawang besar, halia , serai, lengkuas, jintan manis ketumbar, bawang melaka hingga hancur.
2. Gaul sebati ayam dengan bahan kisar tadi, dan masukkan , gula, madu, kunyit serbuk dan garam. Perap di dalam peti ais lebih kurang 3 jam tau lebih, ros perap semalam, baru sedap.
3. Cucuk kan pada lidi sate, dan bakar di dalam oven pada suhu 180 darjah selama 20 minit, jangan bakar dalam oven hingga sate menjadi perang, nanti sate akan kering, bila dah cukup 20 minit tu keluarkan dan panggang sebentar di atas dapur gas, untuk dapatkan pemukaan garing pada sate tu, baru nampak sedap bila nak makan nanti. ( hitam sikit pun takpe lagi sedap). Masa ni boleh renjis sate tu dengan sedikit minyak. ( kalau ade set bbq tu buleh je panggang atas tu lagi sedap, kat Jepun dapur gas nye ade tmpt bakar ikan, ros panggang sate ayam ni kat situ je)
Buat Kuah Kacang
1. Blender kacang tanah hingga hancur, nak kasar sikit pun boleh, ketepikan, kemudian blender bawang besar, bawang putih, halia dan udang kering.
2. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar tadi bersama serai yang di belah dua ataupun serai yg telah dititik serta cili kisar, tumis hingga garing, selepas itu masukkan kacang tanah, kacau sebati. Kemudian, masukkan 1 cawan air, kacau selalu, sesuaikan rasa, masukkan garam dan gula, bila kuah agak pekat dan naik minyak baru tutup api. Sedia untuk dihidangkan bersama sate ayam, Selamat Mencuba.
Nota: Kalau nak frozenkan satay ayam ni, masak je macam biasa, lepas tu sejukkan dan terus letak dalam plastik ziplock tu, nak makan nanti panaskan dlm microwave dan terus boleh makan.


