Nasi Kerabu Perantau
Nasi Kerabu Perantau

Nasi Kerabu Perantau

Sumber Resepi Asal dari Kak Yani Myresipi ( mintak izin kongsikan kt sini ye kak, terima kasih byk2)

Nasi- warna kuning ( semua bahan untuk 3 orang makan)
2 cwn beras
1 sudu kecil garam
air ikut periuk nasi masing2 lah sukatanye tu.
sedikit serbuk kunyit ( klu ade pewarna kuning leh letak dua tiga titik)
2 helai daun limau purut

Untuk Sambal Tumis

5-10 biji lada kering
1/2 biji bawang besar
1 ulas bawang putih
1cm halia
1 sk serbuk kunyit
1/2 cawan santan pekat
1 btg serai
2 keping asam gelugur
1 sudu besar budu
garam dan gula melaka

Sambal ikan

1/2 ekor ikan saba (kt mesia leh guna ikan kembung)
1 cawan kelapa kering/ kelapa parut
1 ulas bawang putih
1/3 biji bawang besar
1 batang serai
1cm halia

Kerabu

kubis
timun
kacang buncis
taugeh
daun kesum ( takde)
daging bakar
ayam goreng kunyit
budu+cili padi+ perahan lemon
Keropok Ikan Goreng

Caranya

1. Mula-mula masak nasi dan masukkan semua bahan-bahan nasi, masak seperti biasa.

2. Untuk sambal tumis, blend semua bahan sambal tumis, panaskan sedikit minyak dan masukkan bahan yang diblend tadi dan biar pekat dan pecah minyak. sesuaikan rasa masukkan garam dan gula.

3. Untuk sambal Ikan, cincang halus semua bahan dan kemudian rebus ikan dan asing isi dan tulang, sangai kelapa parut sehingga perang dan masukkan bahan yang dicincang halus dan isi ikan tadi. Goreng dan kacau sebati hingga garing. ( guna api kecil)

4. Untuk kerabu, hiris halus kubis, timun, kacang buncis, buang ekor tauge, goreng keropok ikan, buat daging bakar ( daging rebus dan panggang sekejap) hiris nipis, goreng ayam dan sediakan budu. Ok semua dah siap, Hidang dah sedia untuk dimakan.

Nota: nasi tu leh buat warna biru atau kuning, kalau tak nak letak warna pun takpe, kalau ade solok lada lagi sedap ni, nama pun nasi kerabu perantau, guna bahan yang ade kt rumah aje, janji ade rupa dan rasa, lepas lah teringin nak makan nasi kerabu..Alhamdulillah.

Nasi Kerabu Perantau
Nasi Kerabu Perantau
Nasi Kerabu Perantau
Nasi Kerabu Perantau