tomyam udang
tomyam udang

Homemade Pes Tomyam

Ni kes pes tomyam segera dah habis lah ni, godek punye godek, jadilah resepi kt bawah tu, ros letak dalam balang kaca kecil, dapatlah tahan dua tiga minggu dalam peti ais tu, Alternatif bagi perantau macam Ros ni, kat rumah ni lauk tomyam memang selalu buat, tu yang pes tomyam kena selalu ade tu, biar senang nanti bila nak masak, jimat masa.

Homemade Pes Tomyam

1 buku kecil lengkuas ( bahagi 2, 1\2 dihiris nipis, 1\2 lagi diblender)

10 tangkai cili kering

1/2 biji bawang besar saiz kecil ( boleh ganti dengan 5 biji bawang merah)

2 biji bawang putih

2 batang serai ( dihiris halus)

1 sudu besar udang kering

2 helai daun limau purut ( di carik kasar)

5 biji cili padi ( boleh tambah dan jika mahu lebih pedas)

sedikit minyak untuk menumis

2 sudu besar jus lemon

sedikit belacan

Caranya

1. Mula-mula blender halus, cili kering, 1/2 buku lengkuas, bawang besar, bawang putih, udang kering dan belacan tambah dlm 1/2 cawan air. Ketepikan, selepas itu hiris halus cili padi.

2. Panaskan minyak dan tumis bahan yang diblender tadi hingga naik bau, kemudian masukkan serai, cili padi, dan lengkuas, kacau lagi, akhir sekali masukkan daun limau purut dan jus lemon. kacau dan biarkan agak pekat. Masukkan sedikit gula dan garam.

3. Sejukkan dan masukkan dalam botol kaca, simpan di dalam peti ais dan bila nak guna ambil dalam dua atau tiga sudu besar dan tumis macam biasa serta masukkan bahan sayur dan makanan laut yang disukai. Senang dan menjimatkan. Selamat Mencuba.

Nota: Apabila ingin membuau tomyam bersantan, campurkan sahaja 1/2 cawan santan dan masukkan bahan- bahan sayur dan makanan laut yang lain, dan kalau boleh jangan campurkan makanan laut dengan bahan ayam atau daging, makanan laut seperti udang akan hilang manisnya serta jangan lupa ditabur daun ketumbar bagi menaikkan lagi aroma dan rasa tomyam ini.

tomyam udang
tomyam udang
Advertisement