Burger Malaysia di Bumi Sakura
Burger Malaysia di Bumi Sakura

Burger Malaysia di Bumi Sakura

Assalammualaikum WBT dan selamat tengahari semua, hari tu ros buat burger malaysia ni….lama dah tak makan, kebetulan ade sambal tumis ikan bilis belen makan nasi lemak, \adunan ni tak meresap minyak dan sangat gebu teksturnya, sambil goreng, dah siap laju je masuk mulut hihihi, pada yang nak cuba boleh rujuk resepi di bawah ni ye…bahan senang nak dapat kat dapur tu, ade kerajinan boleh menguli..: ) jadikan burger Malaysia menu minum petang anda hari ini : )

Burger Malaysia aka Pau Sambal
Sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com

Bahan-bahanya
350 gram tepung gandum
1 sudu besar susu tepung/skim milk
1/2 biji telur ( dipukul sedikit)
120ml air suam
1 1/2 sudu besar marjerin
1 sudu besar gula
2 sudu kecil yis
1 sudu kecil garam

bahan inti
sedikit sambal tumis ikan bilis
beberapa hiris timun
Caranya.
1. Masukkan semua bahan dalam bekas adunan dan uli hingga tidak melekat pada tangan. Pastikan Doh betul-betul lembut, Uli selama 8 hingga 10 minit. Kalau guna BM, tekan ON dan tunggu je siap, kemudian boleh terus bentukkan.

2. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap dan biar doh naik dua kali ganda. Masa perapan lebih kurang 40 minit atau 1jam. ( kalau guna Bread Maker tidak perlu langkah no.2 ni ye)

3.Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin. bahagi doh pada beberapa bahagian kecil dan bulat-bulatkan, leperkan sedikit permukaan nye, biarkan naik dua kali ganda.

4. Goreng di dalam minyak panas sehingga perang, angkat dan toskan minyak yang berlebihan, akhir sekali, potong ditengah-tengah burger dan jangan sampai putus dua, dan letakkan sambal ikan bilis dan hirisan timun, sedia untuk dihidangkan, selamat mencuba.

hasil dari doh ni dapat banyak juga tau, ros bulat2 kecil dan goreng, kemudian ros salut dengan sugar powder, jadilah donat ball, kalau nak buat bentuk donut pun boleh : )

Burger Malaysia di Bumi Sakura
Burger Malaysia di Bumi Sakura
Burger Malaysia di Bumi Sakura
Burger Malaysia di Bumi Sakura
Burger Malaysia di Bumi Sakura
Burger Malaysia di Bumi Sakura
Advertisement