Yogurt Butter Rolls
Yogurt Butter Rolls

Yogurt Butter Rolls

Sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com

Bahan-bahanya ( untuk doh roti)
400gram tepung roti
150gram tepung gandum
30 gram susu tepung@skim milk
4 sudu besar gula
1 biji telur ( tinggalkan sedikit utk gliss pada permukaan roti nanti)
40gram mentega
200ml susu suam@air suam
6gram yis
1/2 sudu kecil garam
2 sudu besar yogurt (plain@natural yogurt)
1 sudu kecil baking powder

Bahan-bahanya untuk eggwash untuk gliss pada butter rolls
baki telur+ 2 sudu besar susu segar atau air + beberapa titik madu
Cara-caranya ( Doh Roti)

1. Buat doh roti, Kaedah 1, penggunaan Bread Maker (BM), masukkan semua bahan Doh dan ikut arahan menguli pada BM masing-masing dan tekan Start, tunggu sampai siap di uli dan boleh terus ke langkah no. 4 di bawah.

2. Kaedah 2, Jika uli tangan, masukkan semua bahan doh di dalam bekas adunan dan uli hingga tidak melekat pada tangan, Setelah menjadi doh ambil plastic bersih dah letakkan doh di dalam plastik itu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 8 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut dan elastik.

3. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap atau kain bersih dan biar doh naik dua kali ganda. masa yang diperlukan lebih kurang 40 minit hingga ke satu jam.

4. Selepas itu, tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin, bahagi doh pada 14 atau 16 bebola kecil dan bulat-bulatkan, biarkan selama 7 ke 8 minit baru dibentuk, ambil satu doh dan bentukkan panjang terap memanjang, kemudian guling seperti butter rolls.

Langkah Menggulung boleh rujuk Di SINI.

5. Biarkan naik dua kali ganda dan gliss permukaan bun dengan bancuhan telur, akhir sekali bakar pada suhu 170 atau 180 darjah selama 18 ke 20 minit atau sehingga permukaan butter rolls perang.

5. Sejukkan atas redai, dan simpan di atas bekas bertutup. Selamat Meroti.

Nota: Sebelum disimpan dalam bekas bertutup, disarankan letak dulu semua butter rolls ni dalam plastic bersih dan baru di simpan dalam bekas bertutup, biar permukaan roti tak kering dan bagi mengekalkan kelembutannye sehinga ke esokan harinya .

Yogurt Butter Rolls
Yogurt Butter Rolls
Yogurt Butter Rolls
Yogurt Butter Rolls
Yogurt Butter Rolls
Yogurt Butter Rolls

 

Advertisement