
Mi Goreng Citarasa Ros
mengikut prosa kata melayu yang betul mi goreng bukan mee goreng : )
Sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com
Bahan-bahannya
sedikit isi ayam atau daging( dipotong kecil)
1 pokok daun sup ( dicincang halus dan bahagi dua)
500gram mi kuning ( basuh dan toskan)
4 sudu besar bahan kisar ( beberapa tangkai cili kering+3 biji bawang besar+2 biji bwg putih)
sedikit ikan bilis ( di tumbuk halus)
3 pokok sayur sawi ( potong sederhana, batang dan daun diasingkan)
2 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tiram
sedikit kicap manis
sedikit tahu goreng atau fish cake ( dipotong kecil)
1 biji telur
sedikit sayur tauge
bahan topping dan hiasan, sedikit hirisan daun sup dan bawang goreng.
Cara-caranya
1. Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan kisar hingga garing, kemudian masukkan isi ayam dan kacau, selepas itu masukkan sebiji telur, biarkan sebentar baru dikacau, masukkan pula, ikan bilis yang telah ditumbuk, sos cili, sos tiram, kicap manis dan fish cake atau tahu goreng, kacau sebati.
2. Masukkan sedikit air atau air rebusan ayam, jika terlalu kering, selepas itu masukkan batang sawi, setelah agak layu baru masukkan daunya, kacau sebati, setelah agak mereneh baru masukkan mee kuning dan kacau beberapa minit sehingga semuanya mesra, akhir sekali masukkan hirisan daun sup dan tauge, biarkan lebih kurang 1 minit, Hiaskan mi goreng dengan baki daun sup tadi dan taburkan dengan bawang goreng, siap untuk dihidangkan panas-panas. Selamat Mencuba.
– Ros tidak masukkan garam dan ajinomoto dalam masakan ini, kerana kuantiti garam dan serbuk perasa yang sedia ada pada sos cili, kicap dan sostiram suduh mengcukupi.
Nota: Isi ayam boleh juga digantikan dengan udang atau pun ape sahaja kegemaran anda, nak masukkan sedikit hirisan kobis pun boleh, nak lagi sedap boleh juga masukkan sedikit air stok ayam.

