Karipap Rangup Inti Sardin dan Kentang
Karipap Rangup Inti Sardin dan Kentang

Karipap Rangup Inti Sardin dan Kentang

Sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com

Untuk Pastri Rapuh
400gram tepung gandum
1/3 cawan minyak
3 sudu besar marjerin
1/2 cawan air sejuk ( letak kiub ais) – air ni kalau tak cukup boleh tambah sikit lagi ya. kena pandai2 adjust
3 sudu besar tepung beras
2 sudu besar tepung kanji kentang ( yang ni kalau takde pun takpe)
garam

Untuk Inti Keledek
5 biji kentang saiz sederhana
1 tin sardin saiz kecil dibuang kuahnya ambil isi ikan sardin sahaja
1/2 biji bawang besar (dipotong dadu)
3 sudu besar cili kisar
1 ulas bawang putih ( dicincang halus )
sedikit garam

Cara-caranya

Buat Doh Pastri dulu

1. Di dalam bekas adunan, gaulkan tepung gandum, tepung beras dan tepung kanji kentang, ketepikan, kemudian campurkan sedikit garam dalam air sejuk, masukkan marjerin di dalam tepung gandum dan sebatikan, kiranya akan jadi seperti berketul-ketul halus, macam serbuk roti, panaskan minyak dan curah di dalam tepung tadi, dengan menggunakan sudu, kacau ke seluruh adunan.

2. Selepas itu curahkan air sejuk tadi dan uli hingga menjadi doh, air jangan masuk semua, kira agak-agaklah kelembutan doh tu, setelah menjadi doh dan pemukaan doh agak licin, masukkan doh ke dalam plastik bersih dan perap di dalam peti ais lebih kurang 1 hingga 2 jam, langkah ini penting bagi mendapatkan doh yang rangup dan senang untuk di canai nanti. Sementara itu boleh buat inti karipap. (kalau nak permukaaan doh cepat licin, setelah menjadi doh boleh masukkan dalam plastik bersih dan ramas beberapa minit lepas tu baru simpan dalam peti ais)

Buat Inti Karipap

1. Potong dadu kentang dan rendam dalam air, asingkan kuah sardin dan ikan sardin, buangkan tulang tengah ikan sardin dan ambil isi nya, dengan menggunakan garpu hancurkan isi ikan sardin tadi, ketepikan. Panaskan minyak dan tumis cili kisar, dan bawang putih hingga agak garing. Kemudian masukkan sedikit kuah sardin dan isi kan sardin yang telah di hancurkan tadi, kacau sebati.

2. Kemudian masukkan kentang dan 1 cawan air, kacau selalu dan biarkan kentang empuk, setelah kentang empuk baru masukkan hirisan bawang besar, sesuaikan rasa, masukkan garam, setelah bawang agak layu dah inti agak kering, tutup api dan sejukkan.

Proses Mengelim

1. Keluarkan doh dari peti ais, dan bahagikan doh pada bebola kecil, ikut lah nak buat karipap bentuk ape, bulat ke, love ke, bentuk biasa ke, kemudian terap doh bentuk bulat dengan menggunakan tapak tangan dan isikan inti kentang sardin tadi, kelim seperti biasa, kalau nak guna acuan pun boleh. Ulang langkah tadi hingga doh habis. Panaskan minyak, pastikan minyak betul-betul panas dan tidak menggunakan api yang terlalu besar, goreng hingga keperangan. Angkat dan sedia untuk dihidangkan. Selamat Mencuba.

Untuk karipap yang ingin di sejukbekukan.

– Goreng karipap separuh masak ataupun hanya beberapa minit, untk matikan minyaknya dan sejukkan baru di masukkan di dalam plastic ziplock, simpan di dalam sejuk beku, apabila ingin digoreng, keluarkan karipap beberapa minit pada suhu bilik dan goreng seperti biasa.

-Kalau nak letak carrot sikit pun boleh, dan kalau nak pedas lagi boleh masukan hirisan cili padi dalam inti sardin ni.

Karipap Rangup Inti Sardin dan Kentang
Karipap Rangup Inti Sardin dan Kentang
Karipap Rangup Inti Sardin dan Kentang
Karipap Rangup Inti Sardin dan Kentang
Karipap Rangup Inti Sardin dan Kentang
Karipap Rangup Inti Sardin dan Kentang
Advertisement