Homemade Tepung Goreng Ayam Hot and Spicy
Homemade Tepung Goreng Ayam Hot and Spicy

Homemade Tepung Goreng Ayam Hot and Spicy

Sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com

Bahan-bahanye

100gram tepung gandum
50gram tepung beras
50gram tepung kentang
2 sudu kecil baking powder
1 sudu besar serbuk cili
sedikit serbuk lada hitam
sedikit serbuk lada sulah
sedikit garam

( serbuk cili tu kalau tak mau pedas boleh guna 1/2 sudu besar sahaja, dan jika mahu lagi pedas boleh tambahkan kuantitinya sehingga 2 sudu besar serbuk cili, bergantung pada level kepedasan masing-masing)

untuk diperap pada ayam
1 ekor ayam ( dipotong 12 bahagian)
sedikit garam, serbuk lada sulah dan sedikit serbuk lada hitam
1/2 cawan susu segar

bahan untuk salutan pada ayam
homemade tepung goreng ayam hot and spicy
1 biji telur dipukul sedikit menggunakan garpu

Cara-caranya

1. Masukkan tepung gandum, tepung beras dan tepung kanji kentang di dalam bekas dan kacau sebati menggunakan sudu, kemudian masukkan baking powder, serbuk lada sulah, serbuk lada hitam dan garam, kacau lagi, jika ade plastick ziplock boleh masukkan semua bahan dan goncang hingga sebati.

2. Untuk Menggoreng Ayam, ambil ayam yang siap dipotong tadi, basuh dan toskan airnya, kemudian masukkan susu segar, serbuk lada sulah, serbuk lada hitam dan garam, gaul sebati, perap selama 30 minit. Kemudian celup ayam di dalam telur dan kemudian salut ayam dengan tepung goreng ayam hot and spicy tadi, jika mahu salutan yang lebih tebal, ulang langkah tadi sekali lagi.

3. Panaskan minyak dan goreng ayam sehingga garing dan ke emasan, gunakan api sederhana supaya ayam masak sekata, pastikan ayam tenggelam di dalam minyak ketika digoreng. Setelah kedua-dua belah ayam masak dan kelihatan perang, angkat dan toskan minyak yang berlebihan, sedia dihidangkan panas-panas bersama kentang putar dan coslaw, Selamat Mencuba.

Nota: Kalau rasa tak nak goreng ayam banyak sangat, boleh simpan separuh dari adunan tepung goreng ayam ni dan simpan di tempat yang kering.

Homemade Tepung Goreng Ayam Hot and Spicy
Homemade Tepung Goreng Ayam Hot and Spicy
Homemade Tepung Goreng Ayam Hot and Spicy
Homemade Tepung Goreng Ayam Hot and Spicy
OLYMPUS DIGITAL CAMERA
OLYMPUS DIGITAL CAMERA