
Donut Mulus ( Tepung Halus Superfine dan Tepung Kanji Kentang)
Sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com
Bahan-bahannya
350 gram tepung Halus Superfine ( ros guna jenama BlueKey)
50gram tepung kanji kentang( ros guna jenama Bestari)
2 sudu besar susu tepung/skim milk ( x letak pun takpe)
1 biji telur ( dipukul sedikit mengunakan garpu)
150ml air suam
1 1\2 sudu besar marjerin@butter@shortening
3 sudu besar gula
4 gram yis ( 1 1/2 sudu kecil)
sedikit serbuk gula sebagari salutan pada donut mulus ni nanti.
1. Buat doh, Kaedah 1, penggunaan Bread Maker (BM), masukkan semua bahan dan ikut arahan menguli pada BM masing-masing dan tekan Start, tunggu sampai siap di uli dan boleh terus ke langkah no. 4 di bawah.
2. Kaedah 2, Jika uli tangan, masukkan semua bahan doh dan uli hingga tidak melekat pada tangan, Tips untuk dapat doh yang lembut, ambil plastic bersih dah letakkkan doh di dalam plastic tu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 5 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut dan elastik.
3. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap dan biar doh naik dua kali ganda. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin.
4. Bahagi doh pada bebola kecil dan rehatkan selama 6 hingga 8 minit, kemudian bentukkan seperti donut, lubangkan tengahnye, biarkan naik dua kali ganda, dan goreng sehingga ke-emasan, gunakan api sederhana, angkat dan salutkan dengan serbuk gula, sedia untuk dihidangkan, Selamat Mencuba.
( kalau nak frozenkan, goreng donut separuh masak, dan sejukkan, lepas tu letak dalam plastic dan simpan di dalam ruang sejuk beku, nak makan nanti goreng semula beberapa minit dan boleh terus dihidangkan)
Nota: Ros letakkan sugar powder dalam bekas bertutup dan letakkan beberapa biji donut, goncang perlahan, langkah ni sangat praktikal sebab gula akan bersalut sekata.




