
Cendawan Kukur Masak Lemak Cili Padi
Assalammualaikum semua, hari ni ros nak berkongsi salah satu masakan dan sayuran yang terkenal di kampung ros ni, cendawan kukur dan ia dikenali juga sebagai cendawan sisik, ia amat mudah hidup di atas batang-batang kayu mati terutamanya kayu getah, cendawan klasik ini amat sedap dan rasanya seakan-akan daging, tak caya, cuba makan, resepi masak lemak cili padi ni biasa aja, cuma ditambah sedikit ikan bilis yang ditumbuk kasar sebagai rencah bagi menyedapkan lagi masak lemak ini, resepi boleh rujuk di bawah ni ye.
Cendawan Kukur Masak Lemak Cili Padi
Sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com
Bahan-bahannye
Satu Piring Cendawan Kukur yang telah dibuang kulit bawahnya dan dibersihkan
sedikit ikan bilis yang ditumbuk kasar
2 batang serai – dibelah dua ataupun dititik
6-8 biji cili padi ( kalau nak pedas boleh ditambah)
1 cawan santan+1 cawan air
1 keping asam gelugor ( tak nak letak pun takpe)
sedikit kunyit hidup atau kunyit serbuk
sedikit garam
caranya
1. Kisar halus ataupun tumbuk cili padi bersama kunyit hidup hingga lumat, kemudian curahkan ke dalam periuk dan masukkan serai yang telah dititik tadi, kacau sebentar.
2.Selepas itu masukkan 1 cawan santan, dan 1 cawan air serta ikan bilis, masa ni guna api perlahan, dan kacau selalu, setelah kuah agak mendidih baru masukkan cendawan kukur, biarkan seketika, akhir sekali baru masukkan asam keping, sesuaikan rasa, masukkan garam. Kacau selalu.
3. Biarkan kuah mereneh seketika, angkat dan sedia untuk dihidangkan bersama nasi panas, selamat mencuba.
Nota: sekarang ni musim hujan, lagilah banyak cendawan kukur ni tumbuh melata, tu yang seronok dapat makan, sesekali kan, bukan senang pun nak dapat, sebabnya bermusim, lagipun sekarang ladang kelapa sawit je, bukan getah..: )


