Udang Goreng Kari Bersama Lobak Merah
Udang Goreng Kari Bersama Lobak Merah

Udang Goreng Kari Bersama Lobak Merah

Bahan-bahannya

200gram udang basah, agak agaklah ikut keperluan isi rumah
2 sudu besar serbuk kari ( ros guna serbuk kari jepun jenama S&B)
1/2 batang carrot, dipotong nipis
1/4 biji bawang besar
1 biji bawang putih dicincang halus
1 sudu kecil serbuk kunyit
sedikit garam

Caranya.
1. Tumis bawang putih hingga naik bau, kemudian masukkan serbuk kari dan serbuk kunyit.

2. Selepas itu masukkan carrot dan kacau sebati, pastikan carrot dah betul2 layu baru masukkan udang dan hirisan bawang besar.

3. Sesuaikan rasa, masukkan lah garam, jika terlalu kering buleh masukkan sedikit air, sedap dimakan panas-panas bersama nasi putih. Selamat Mencuba.

Nota: Kalau nak pedas boleh hiriskan beberapa biji cili padi dan tumis sekali bersama bawang putih tadi, ros suke berkuah sikit, kalau nak kering pun boleh, ikutlah selera masing-masing ya.

Tips di dapur, untuk hilangkan bau udang- sebelum udang dimasak, rendam 10 hingga 20 minit udang bersama 1 sudu besar garam terlebih dahulu, kemudian toskan, baru dimasak, hasilnya udang tidak hanyir dan rasa udang akan jadi lebih manis.

Udang Goreng Kari Bersama Lobak Merah
Udang Goreng Kari Bersama Lobak Merah
Udang Goreng Kari Bersama Lobak Merah
Udang Goreng Kari Bersama Lobak Merah
Advertisement