Tako to Kanikama Okonomiyaki
Tako to Kanikama Okonomiyaki

Tako to Kanikama Okonomiyaki

Salam semua, jom join ros makan okonomiyaki jom, ros tambahkan hirisan tako ( octopus) dan kanikama ( crabstick) dalam adunan Okonomiyaki ( pizza jepun) ni, makin tambah khasiat dan zat, sesuai sangat untuk kanak-kanak, kobis tu ros hiris halus-halus supaya anak-anak senang nak makan, walaupun okonomiyaki ni sarat dengan sayur kobis, bila kakak damia dan anas makan diaorang tak buang pun kobis2 tu, bagus-bagus, budak-budak kena banyak makan sayur, lagipun ade crabstick kan tu yang laju je diaorang makan tu, topping pulak mayonis banyak-banyak, biar creamy…resepi okonomiyaki ni boleh rujuk kat bawah ni ye…: )

Tako to Kanikakma Okonomiyaki
sumber resepi: rosmarlina@jintanmanis.com

Bahan-bahanya

Untuk bancuhan tepung okonomiyaki ( menghasilkan 4 ke 5 okonomiyaki saiz sederhana)
120gram tepung gandum+1/2 sudu kecil garam
1 biji telur
150ml air
1/2 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil serbuk dashi ( ni kalau takde pun takpe)

Bahan Campuran
150gram kobis yang dicincang halus
5 ketul kanikama ( crabstick) di potong kecil
sedikit hirisan daun bawang
sedikit hirisan tako ( octopus) dihiris nipis
1/2 cawan tenkasu ( adunan tempura digoreng kosong)
sedikit minyak masak dan beberapa titik minyak bijan

Untuk topping
Aosa ( serbuk daun hijau)
Bonito Flakes
Sos Okonomiyaki
Mayonis

Cara-caranya

1. Campurkan tepung gandum, garam, serbuk dashi dan baking powder, kemudian bancuh bersama air dan telur, kacau sebati. ( adunan tu tak cari sgt tak pekat sangat, kiranya macam adunan buat goreng pisang ).

2. Kemudian masukkan kobis, hirisan daun bawang, tenkasu, crabstick dan hirisan tako, kacau dan pastikan semua nya digaul mesra.

3.Panaskan fry pan dan letakkan sedikit minyak masak dan masukkan beberapa titik minyak bijan, ( kuantiti minyak ni sikit je guna, macam kita nak goreng telur dadar tu), setelah minyak dan fry pan panas cedokkan 1 1\2 senduk adunan dan letakkan di tengah-tengah fry pan, jika fry pan besar boleh buat dua okonomiyaki sekali gus.

4. Biarkan seketika, bila pemukaan bawah agak perang, terbalikkan perlahan-lahan dan biarkan masak sekata, Ulang langkah tadi sehingga adunan habis.

5. Toppingkan okonomiyaki dengan sos okonomiyaki, sapukan rata dan tabur dengan aosa, paipkan moyonis dan tabur dengan bonito flakes, sedia untuk dihidangkan panas-panas, selamat mencuba.

Nota: kali ni ros buat okonomiyaki nipis sikit, biar ade rasa rangup, kalau nak tambahkan mee kuning jepun tu pun boleh, buat okonomiyaki ni seronok sebab anak-anak boleh join sekali, salah satu aktivit bersama anak-anak bagi megeratkakn lagi kasih sayang. : )

Tako to Kanikama Okonomiyaki
Tako to Kanikama Okonomiyaki
Tako to Kanikama Okonomiyaki
Tako to Kanikama Okonomiyaki
Tako to Kanikama Okonomiyaki
Tako to Kanikama Okonomiyaki
Tako to Kanikama Okonomiyaki
Tako to Kanikama Okonomiyaki
Tako to Kanikama Okonomiyaki
Tako to Kanikama Okonomiyaki
Tako to Kanikama Okonomiyaki
Tako to Kanikama Okonomiyaki