Spagetti Seafood
Spagetti Seafood

Spagetti Seafood

Bahan-bahannya

2 ikat spagetti ( direbus, ikut araha pada pek, air rebusan campur 2 sudu besar garam)
beberapa udang yang telah dibuang kulit ( ros guna yang frozen)
1 bekas kecil asari @ Lala
1/2 cawan susu
1 sudu besar tepung gandum+ 3 sudu besar air ( dijadikan pes)
1 biji bawang putih
sedikit carrot ( dipotong anak mancis)
sedikit batang celery ( potong nipis)
cendawan ( buleh guna cendawan butang)
beberapa helai daun salad ( di hiris kasar)
sedikit pamersan cheese ( sebagai taburan atas spagetti nanti)
2 sudu besar olive oil untuk tumisan
sedikit oregano

Caranya

1. Asari@Lala direbus dengan 1 cawan air dan biarkan asari@lala terbuka dan kemudian ditapis airnya. keluarkan isi asari dan ketepikan.

2. Panaskan olive oil dan tumis bawang putih, kemudian masukkan oregano, carrot dan hirisan celery, biarkan seketika, setelah semua agak layu, baru masukkan udang, pes tepung dan susu, kacau sebati dan masukkan air rebusan asari, jika terlalu pekat buleh tambah sedikit air.

3. Akhir sekali baru masukkan cendawan, daun salad dan isi asari tadi, sesuaikan rasa, masukkan garam dan lada sulah, kacau lagi, setelah agak pekat padamkan api dan curah kuah tadi di atas spagetti yang telah direbus, tabur sedikit pamesan cheese dan sedia untuk dihidangkan. Selamat Mencuba.

spagettiudang1