Satsumaimo Kurumi Pan ( Bun Keledek Kacang Walnut)
Satsumaimo Kurumi Pan ( Bun Keledek Kacang Walnut)

Satsumaimo Kurumi Pan dan Donut @ Bun Keledek Kacang Walnut dan Donut

Sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com

Bahan-bahanya ( untuk doh roti)
200gram tepung roti
200gram tepung gandum
30 gram susu tepung@skim milk
100gram isi keledek ( direbus dan dilecek baru ditimbang)
1 biji telur ( tinggalkan sedikit utk gliss pada permukaan roti nanti)
165ml air suam
6gram yis
40gram gula
40gram marjerin
30gram kacang walnut ( dicincang kasar)

Bahan-bahanya untuk eggwash untuk gliss pada bun keledek
baki telur+ 1 sudu besar susu segar atau air + beberapa titik madu

Cara-caranya ( Doh Roti)

1. Buat doh roti, Kaedah 1, penggunaan Bread Maker (BM), masukkan semua bahan Doh dan ikut arahan menguli pada BM masing-masing dan tekan Start, tunggu sampai siap di uli dan boleh terus ke langkah no. 4 di bawah.

2. Kaedah 2, Jika uli tangan, masukkan semua bahan doh di dalam bekas adunan dan uli hingga tidak melekat pada tangan, Setelah menjadi doh ambil plastic bersih dah letakkan doh di dalam plastik itu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 8 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut dan elastik.

3. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap atau kain bersih dan biar doh naik dua kali ganda. masa yang diperlukan lebih kurang 40 minit hingga ke satu jam.

4. Selepas itu, tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin, bahagi doh pada 2 bahagian, satu bahagian itu masukkan kacang walnut dan uli sebentar kemudian bulatkan kecil-kecil dan susun dalam loyang kek bulat, satu lagi bahagian, dibahagi pada bebola kecil juge dan bentukkan seperti donut , Perap dan biarkan sehingga naik dua kali ganda. Masa yang diperlukan lebih kurang 40 minit.

5. Setelah naik dua kali ganda, gliss permukaan bun dengan bancuhan telur, akhir sekali bakar pada suhu 170 atau 180 darjah selama 18 ke 20 minit atau sehingga permukaan bun keledek perang. Bentuk donut pula di goreng sehiggga ke emasan dan salut dengan serbuk gula.

6. Sejukkan atas redai, dan simpan di atas bekas bertutup. Selamat Meroti dan Mendonut ya.

Jika mahu gantikan kacang walnut dengan kismis hitam pun boleh, ataupun biarkan plain sahaja, ikutlah seleran dan bahan-bahan yang sedia ade di dapur ya.

Bun Keledek Kacang Walnut
Bun Keledek Kacang Walnut
Bun Keledek Kacang Walnut
Bun Keledek Kacang Walnut
Bun Keledek Kacang Walnut
Bun Keledek Kacang Walnut
Donut
Donut
Donut
Donut
Donut
Donut
Donut
Donut