Sambal Sotong Bersama Petai
Sambal Sotong Bersama Petai

Sambal Sotong Bersama Petai

Assalammualaikum dan selamat tengahari buat semua pengunjung blog Bukan Sekadar Masakan, sotong adalah salah satu makanan kegemaran kami, selalunya Mak Abah ros suke sambal sotong yang dimasukkan sedikit sayur petai, taste orang lama lah katakan, ros makan sikit je petai tu, sotong takpe makan banyak…heheehehe, resepi macam masak sambal biasa tu je, cuma ros keringkan sikit, dan letak kan sedikit gula merah, nak rujuk resepi di bawah ni pun boleh, selamat mencuba.

Sambal Sotong Bersama Petai
Sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com

Bahan-bahannya

4 sudu besar cili kisar
4 biji bawang kecil@ 1/2 biji bawang besar saiz kecil
2 ulas bawang putih
2 inci belacan (x letak pun takpe)
secubit garam
1/2 sudu besar gula
sedikit petai yang telah dibuang kulit putihnya
1/2 sudu besar gula merah
400gram sotong yang dipotong sederhana
1/2 biji bawang besar ( dihiris kasar)
sedikit air asam jawa

Cara-caranya

1. Tumbuk bawang putih dan bawang merah menggunakan lesung batu sehinga lumat, ketepikan

2 Panaskan 3 sudu besar minyak di dalam kuali dan tumis bawang yang telah ditumbuk tadi, masukkan juga cili kisar dan sedikit belacan, setelah bahan tumisan agak garing masukkan petai. Kacau sebati. Masukkan juga 1/2 cawan air.

4. Setelah petai agak empuk, baru masukkan sotong, biarkan agak mendidih dan sotong masak sepenuhnya, baru masukkan air asam jawa dan gula merah, sesuaikan rasa, masukkan sedikit garam , akhir sekali baru masukkan hirisan bawang besar, kacau sebati, setelah bawang besar agak layu, angkat dan sedia untuk dihidangkan, selamat mencuba.

Nota: Jangan tambahkan gula pasir dalam sambal sotong ni, sebab kita dah gunakan gula merah, nanti terlebih manis pula.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA
OLYMPUS DIGITAL CAMERA