Pumpkin Soup With Tofu
Pumpkin Soup With Tofu

Pumpkin Soup With Tofu

sumber resepi: rosmarlina@jintanmanis .com

Bahan-bahanya

1/4 biji labu saiz sederhana
250ml susu segar
1/4 biji bawang besar ( dipotong beberapa bahagian)
1 ulas bawang putih ( dicincang halus)
1/2 kiub pati ayam maggi ( kalau takde boleh ganti dengan 1/2 cawan air rebusan ayam)
1/2 cawan air @ air rebusan ayam
50gram tofu
sedikit oregano ( tak nak letak pun takpe)
sedikit dry pasley ( untuk taburan)
sedikit fresh cream@nama cream sebagai hiasan

cara-caranya

1. Labu dipotong beberapa bahagian kecil dan rebus hingga empuk. angkat dan toskan.

2. Didalam blender atau pengisar, masukkan labu yang siap direbus tadi, bawang besar dan bawang putih, stok ayam, tofu, susu segar dan air, blender hingga semua hancur dan sebati.

3. Curahkan bahan yang telah dikisar tadi didalam periuk dan masukkan sedikit oregano, sesuaikan rasa, masukkan sedikit lada sulah dan garam, setelah agak pekat, angkat dan sendukkan dalam soup bowl.

4. Toppingkan pumpkin soup dengan sedikit fresh cream dan lorekkan mengikut kreativiti masing-masing dan boleh juga di tabur kan atasnya dengan daun pasley yang dicincang halus atau nak tabur dengan dried pasley pun boleh, sedap dimakan panas-panas ataupun disejukkan dahulu dalam peti ais sebelum dimakan, Selamat Mencuba.

Nota: Kalau tak mahu rasa spice english tu, tak perlu letak oregano dan pasley, masak seperti biasa sahaja, dan jika kiub pati ayam manggi tu nak ganti dengan air rebusan ayam pun boleh.

Sedap juga dimakan bersama roti ataupun roti perancis yang dihiris kecil dan dijadikan hidangan sarapan pagi atau minum petang.

Pumpkin Soup With Tofu
Pumpkin Soup With Tofu
Pumpkin Soup With Tofu
Pumpkin Soup With Tofu
Pumpkin Soup With Tofu
Pumpkin Soup With Tofu
Advertisement