Mee Bandung Perencah Sernan
Mee Bandung Perencah Sernan

Mee Bandung Perencah Sernan

Perencah mee bandung Muar ni pemberian dari Kak Hana tempoh hari, sedap sangat rasa mee bandung ni, warna kuah dia pun merah menyala-nyala…ros bahagi tiga perencah ni, sebab sayang nak habiskan semua, lagipun ros dengan abang je yang makan, anak-anak ros buatkan mee sup je. Resepi , ros ikut cara Kak Hana, nak ikut cara-cara kat belakang paket ni dah tak nampak tulisanye mueheehehehe, pada Kak ina@Hana izinkan ros copy dan share kan cara-cara masak mee bandung ni ye…: ) Arigatou..

Sumber resepi dari Kak Hana Kanazawa

Bahan-bahanya
500g mee kuning – celur air panas dan toskan
sepeket perencah mee bandung hj.sernan
1 biji bawang besar – hiris
3 ulas bawang putih – hiris
7-8 cawan air@ air rebusan daging
telur – ikut bape org nak makan
hirisan daging
udang segar
sawi – potong
tauhu – goreng dan hiris nipis
limau kasturi, daun bawang, cili hiris, bawang goreng

Cara-cara

1. Panaskan minyak. Tumis bawang besar dan bawang putih hingga kekuning2an seperti bawang goreng. Masukkan air@air rebusan daging. Masukkan pula perencah mee bandung sernan. kacau. Biarkan mendidih sebentar.
2. Kecilkan api, masukkan daging dan udang. Pecahkan telur. Biarkan sebentar jangan dikacau sehingga telur separuh masak. Kemudian masukkan sawi dan tauhu. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
3. Hidangkan dengan mee kuning dan taburan bawang goreng, daun bawang, dan cili hiris. Perahkan limau kasturi jika suka.

Nota: Bila perah kan limau kasturi tu, menambahkan lagi rasa mee bandung ni, walaupun limau kasturi tu dah setahun usianya…tersimpan kemas di peti sejuk bekuku…heheehehee

Mee Bandung Perencah Sernan
Mee Bandung Perencah Sernan
Mee Bandung Perencah Sernan
Mee Bandung Perencah Sernan