Meatball Soup With Vermicelli Pasta
Meatball Soup With Vermicelli Pasta

Meatball Soup With Vermicelli Pasta

Sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com

Bahan-bahanya ( untuk kuah sup)
1 biji kentang saiz sederhana ( dipotong kecil bentuk kiub)
1 ulas bawang putih
1/4 biji carrot ( dipotong kecil bentuk kiub)
sedikit lada sulah
1 batang kulit kayu manis
sedikit hirisan daun celery@daun sup ( hari tu ros tak letak pun, sbb takde)
beberapa jejari ketam ( dipotong beberapa bahagian)

*untuk bebola daging*
150gram daging yang telah blender
2 sudu kecil tepung kanji kentang
sedikit garam
sedikit lada sulah
1/2 biji telur

Bahan Pelengkap
1/2 bungkus pasta vermicelli yang siap direbus.

Cara-caranya

1.( untuk bebola daging) Di dalam bekas, satukan daging yang telah diblender bersama, lada sulah, garam, telur putih dan tepung kanji kentang, gaul sebati dan bentukkan bebola kecil. ketepikan.

2. Kemudian sagat halus atau tumbuk lumat bawang putih, panaskan 2 sudu besar minyak masak dan tumis kulit kayu manis bersama bawang putih hingga naik bau, kemudian masukkan 3 cawan air.

3. Selepas itu masukkan kentang, carrot dan jejari ketam, setelah kuah mendidih baru masukkan bebola daging, biarkan sehingga bebola daging timbul, sesuaikan rasa, masukkan garam. Masak sehingga kentang dan carrot empuk.

3. Biarkah sup mereneh seketika, tutup api dan sedia untuk dihidangkan bersama pasta vermicelli dan taburkan sup dengan sedikit hirisan daun sup, anak-anak pasti menggemarinya. Selamat Mencuba.

Nota: Dalam kuah sup tu, nak tambah hirisan batang celery pun boleh, kalau tak nak buat meatballs sendiri, boleh juga gunakan chicken ball atau fishball yang sedia ade di kedai tu, senang cepat dan sedap juga. : )

sup ikan
sup ikan
kanji ubi kentang
kanji ubi kentang
Advertisement