Kuih Lapis Kuning Coklat
Kuih Lapis Kuning Coklat

Kuih Lapis Kuning Coklat

Sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com

Bahan-bahan

2 cawan tepung gandum
4 1/2 cawan santan
3 sudu besar tepung ubi@tepung beras
1 cawan gula
secubit garam
sedikit bancuhan serbuk koko
sedikit pewarna kuning

Cara-caranya

1. Masukkan semua bahan dalam bekas adunan, kecuali pewarna kuning dan bancuhan serbuk koko, kacau sebati, kemudian tapis.

2. Bahagi adunan kepada 2 bahagian, satu bahagian di masukkan pewarna kuning dan satu lagi dimasukkan bancuhan serbuk koko, panaskan pengukus, sapukan loyang bulat dengan minyak masak, setelah air pengukus mendidih, masukkan loyang bulat tadi dan curahkan 2 senduk adunan berwarna coklat dan kukus sehingga masak, masa yang diperlukan lebih kurang 6 ke 8 minit, kemudian lapiskan pula dengan 2 senduk adunan warna kuning.

3. Ulang langkah tadi sehingga adunan semuanya habis dan apabila siap dilapis, biarkan dikukus lagi selama 30 minit, baru diangkat dan disejukkan sebelum dipotong, sedia untuk dihidangkan, selamat mencuba.

Nota: Ros letakkan kuih lapis ni dalam peti ais semalaman baru ros potong, sebab ros suke makan kuih lapis ni sejuk-sejuk, kuih lapis ni sedap, terasa lemak santannya. antara kuih kegemaran ros sekeluarga.

Kuih Lapis Kuning Coklat
Kuih Lapis Kuning Coklat
Kuih Lapis Kuning Coklat
Kuih Lapis Kuning Coklat